Friday, December 24, 2010

BARISAN ULAMA' HARAKIAH

KENALI TOKOH PEJUANG...SIRI 1


DZOKAR MUSAYEVICH DUDAYEV

Tidak semua mengenali tokoh agong yang terkenal di negara Chechnya khususnya dan namanya terpahat diingatan ummat Islam seluruh dunia. As-Syahid terkenal dengan kehebatan pemikirannya dan juga strateginya di dalam Perang Rusia-Chechnya, 1994 sehingga keberaniannya juga kepintarannya di dalam mengatur strategi menjadikannya tokoh atau idola bagi setiap anak muda yang cintakan Islam.

Latar belakang:
-15 April 1944 as-Syahid dilahirkan
-Beliau dilahirkan didalam keluarga sederhana.Keluarganya juga pernah dihalau oleh pemerintah tertinggi Soviet Union...dalam pelarian tersebut beribu rakyat Chechnya mati kelaparan,namun dengan kuasa Allah, bayi yang bernama Dzokar Musayevich dapat bertahan
-beliau merupakan pakar elektrik dan elektronik
-memasuki sekolah penerbangan di Tambow, sebuah akademi penerbangan di wilayah Selatan Rusia
-melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah tinggi di Yuri Gagarin Aviation Academy di Moscow
-mahir dalam seni mempertahankan diri..pernah memegang gelaran Juara Karate Nasional pada waktu itu
-pandai berbahasa Arab(ada sumber mengatakan Dudayev pernah mengikuti kuliah di Universiti al-Azhar, Mesir)
-bekerja di dalam angkatan tentera Soviet(juruterbang Khas)
-1990,beliau menolak arahan untuk mengebom pengikut demonstrasi yang menuntut kemerdekaan di Baltic State, baginya semua manusia di muka bumi ini berhak untuk menuntut kemerdekaan.
-1990, beliau dibuang ke Gorzny. Akhirnya Dudayev dengan beraninya mengisytiharkan dirinya berundur dari pasukan SU.
-1991,Pasukan Soviet Union berkecai. Dudayev mencalonkan dirinya sebagai Presiden Chechnya dengan memenangi kerusi di dalam pilihanraya umum mewakili Parti Nasional Kongres Rakyat Chechnya melawan calon komunis.

Sumbangan Kepada Rakyat
-Chechnya berkembang menjadi negara yang maju
-menghentikan penggunaan huruf Cyrillic yang digunakan Rusia dengan huruf latin dan merasmikan Bahasa Chechen sebagai bahasa kebangsaan Negara Chechnya.
-mencetak sendiri mata wang
-sosio ekonomi penduduk Chechnya semakin baik

Dendam musuh kepada Dudayev
-Rusia terus merancang agenda keji untuk menggulingkan kepimpinan Dudayev
-Rusia melakukan sekatan ekonomi, menuduh Chechnya sebagai syurga para penjahat
-Boris Yeltsin (presiden Rusia) telah menghantar pasukan untuk memulakan peperangan dengan negara yang masih baru dibentuk
-1 Disember 1994, Yeltsin memerintahkan angkatan udara Rusia membedil Grozny,ibu negara Chechnya.

Seruan Jihad!!!
-Dudayev meletakkan jawatannya sebagai Presiden dan dengan menggunakan pangkatnya sebagai Jeneral, beliau bersama-sama mujahidin mesuk kehutan melaungkan seruan jihad
-Rusia sentiasa menghadapi kekalahan setiap kali bertempur dengan pasukan Dudayev...membuktikan bahawa Dudayev amat pakar di dalam taktikal peperangan
-1994-1996, Rusia cuba utk bermain helah dengan menganjurkan pertemuan untuk membicarakan soal perdamaian.
-Amerika Syarikat yang sebelum ini bermusuh dengan Rusia terpaksa berganding bahu dengan musuh sendiri utk melumpuhkan barisan Muslimin Chechnya.
-Teknologi peperangan Rusia tidak mampu utk mengesan tempat persembunyian Dudayev yang arif mengenai teknologi peperangan.
-16 April 1994, tentera-tentera yang dipimpin oleh Dudayev, satu persatu menghancurkan pasukan tempur milik Rusia dan juga menyerang Rusian Duma, Parlimen Rusia.
-Teknik Hit and Run amat menakutkan tentera Rusia yang terbukti sangat susah untuk ditakluki.
-21 April 1994, Dudayev menghubungi Konstatin Borovoi (pengerusi perdamaian) utk menyatakan pendiriannya terhadap perdamaian yang sudah nyata pembohongan semata-mata
-Selepas percakapan melalui telefon satelit itu, 2 buah pesawat Sukhoi SU-25 meluncur berbekalkan koordinat yang berjaya dikesan oleh Satelit Amerika Syarikat.
-Kemudian terjadi letupan besar di Gekhi Chu, 20 meter dari bandar grozni.
-Akhirnya Dudayev menerima jawatan yang paling agung disisi Allah sebagai seorang Syuhada'


Jika hari ini cita-cita itu belum tercapai, jika hari ini Dudayev telah dahulu pergi menghadap yang Esa, tidak mengapa. Perjuanagan ini tetap pasti diteruskan . Mereka telah berjanji, akan bertemu di bawah panji Nabi, panji yang menaungi insan-insan jihad dengan seluruh hati kerana berjuang menegakkan agama Allah.

Monday, June 28, 2010

BELAJAR DAN MENGAJARKAN ILMU



Ta'alim wa ta'alum bermaksud belajar dan mengajar. kedua-duanya adalah penting sehingga jatuh hukum wajib untuk belajar dan mengajar sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan juga orang yang berilmu dengan beberapa darjat". Banyak juga hadis Rasulullah yang menekankan mengenai bab menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu seperti "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim" dan antara hadis lain yang bermaksud "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat".

Ilmu terbahagi kepada dua cabang:
1.Ilmu masail: iaitu ilmu hukum hakam dan perundangan yang perlu belajar secara talaqqi atau berguru.

2.Ilmu Fadhail: iaitu ilmu yang berkaitan dengan fadhilat dan ganjaran yang boleh diperolehi secara membaca buku atau menghadiri majlis ta'lim

Adab-adab menghadiri majlis ilmu:
1. berwuduk
2. Sembahyang sunat 2 rakaat
3. pakaian yang bersih dan menutup aurat
4. memakai wangi-wangian
5. memberi perhatian sepenuhnya
6.duduk rapat-rapat(dengan keadaan selesa)
7.jangan mengganggu perjalanan majlis seperti berbual-bual
8. memuliakan dan membesarkan majlis dalam hati
9.membenarkan dan meyakini apa yang didengar
10.ada niat untuk menyampaikan apa yang kita perolehi kepada orang lain.

Wednesday, March 31, 2010

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL


"Di saat-saat nafasmu di hujung hayat, Kau tetap masih memberi petunjuk kepada kami...Ya Rasulullah besarnya pengorbananmu kepada kami....Pemergianmu satu kehilangan besar buat kami....Sunnahmu menjadi pengubat rindu kami....semoga kami berada di landasan yang sama dengan mu wahai Kekasih Allah"

Wahai manusia,
yang menggelarkan dirinya Islam,
yang menggelarkan dirinya hamba Tuhan,
yang menggelarkan dirinya Ummat Muhammad,

Ingatkah kita kepada Manusia yang paling Mulia ini?
Ingatkah kita kepada Manusia yang menabur jasa sepanjang hayat kita ini?
Ingatkah kita kepada Manusia yang sentiasa ingat kepada kita dulu kini dan selamanya?

Dialah yang mulia
Dialah al-Amin
Dialah pendamai
Dialah pembawa keamanan
Dialah sahabat kepada para sahabat
Dialah suami terbaik
Dialah ayah terbaik
Dialah ikutan terbaik lagi terpuji
Dialah yang menyempurnakan akhlak yang baik
Dialah yang al-Quran akhlaknya
Dialah NABI MUHAMMAD SAW.

Saturday, February 20, 2010

Tuntutlah ilmu...




Sabda Rasulullah SAW: "Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad"

Hadis yang jelas kepada kita bahawasanya tuntutan kpd Ilmu itu adalah perkara yang sewajibnya dipikul oleh setiap insan. Proses menuntut ilmu secara tidak langsung adalah setiap detik di dalam hayat kita hanya pabila nyawa terpisah dr badan kunci penutup kpd proses tersebut

Ilmu yang akan mendidik kita supaya sentiasa waras dengan setiap apa yang dilakukan juga dengan keadaan sekelililng yang sentiasa mendesak diri. Tanpa ilmu kita mungkin terbawa arus "environment" yg tidak waras, tetapi dengan ilmu kita boleh mewaraskan "environment" tersebut.Itulah peranan dan kehebatan kurnian Allah yang di gelar sebagai ILMU.

gedung ilmu yang suram, perlu ada kesedaran tingkatkan ilmu

susah senang...kita bersama


tetap sengih memikul beban

sokongan moral..."BOH".....

Thursday, February 18, 2010

Dataran Syahbandar-Panorama Malam-Suatu Penyaksian dan Harapan

Saudara Faiz

Saudara Idris

A.Kabir

Nikmat Tuhan...

Nikmat Tuhan Lagi.........

Tukang Bakar Ikan....Posing Bang...

Satu Harapan......golongan yg akan membawa kebenaran dan panji-panji kemenangan Islam....Tanggungjawab siapa? Siapa lagi kalau bukan KITA....ayuh bawa mereka bersama-sama dengan kita di atas landasan sebenarnya....

DAV mendapat KAKI EMAS

Friday, February 5, 2010

tissue culture....kulat da.....

Assalamualaikum....muncul kembali setelah lama menyepi.kali ini a.kabir ingn berkongsi mngnai mini projek subject tissue culture yg tengah di jalankan ini.group a.kabir nak culture "pitaya"-buah naga...tapi benda lain lak yg tumbuh...huhu.saksikan keindahan ciptaan tuhan, kulat yg pelbagai rupa ini....

kacau suro....

"PENGACAU SURO" PLG KEMAS, SEGAK BERGAYA
"makan dulu......ambil tenaga....."
dah keletihan da.......

"1....2.....3.....kacau!!!!"

Thursday, January 7, 2010

MANUSIA PALING JAHAT

Suatu hari Abdullah bin Abbas R.A berkata bahawa Nabi SAW bersabda memberitahu Ibnu Abbas dan sahabat yang lain yang berada disisinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hendakkah kamu semua mendengar sesuatu tentang manusia yang paling jahat di sisi Allah?
Ibnu Abbas dan sahabat yang lain berkata, "Beritahu kami wahai Rasulullah.Lalu Rasulullah bersabda: "mereka ialah seseorang yang mwminta dengan nama Allah tetapi tiada siapa pun yang memberinya, sedangkan mereka mampu berbuat demikian"

  • manusia menempuh pelbagai mehnah dalam pengembaraan hidup mereka, ada yang sampai berada di dalam keadaan yang "terdesak"(tokleh wat gapo doh/habih usoho doh-lorat Kelate)
  • Justeru lgkah pertama perlu di ambil adalah "CALL" yang Maha Esa
  • Di samping itu berusahalah dalam mengatasi situasi terdesak tersebut
  • Jika Allah qabulkan isi hati mereka yg dlm keadaan terdesak itu, diizinkan-Nya bertemu dengan orang yg mampu menolongnya
  • Bagaimanapun ada juga golongan yg mampu menolong mereka yg "terdesak" ini tetapi tidak menolong mereka
  • bahkan si miskin yang terdesak itu dihina lagi dikeji
  • Terdesaknya si miskin itu sehingga sanggup bersumpah dengan nama Allah utk meyakinkan keadaan terdesaknya itu
  • Namun yang mampu menolong itu tetap juga tidak menolong mereka yg terdesak itu
  • GOLONGAN ITULAH YANG NABI KATEGORIKAN SEBAGAI MANUSIA PALING JAHAT

Friday, January 1, 2010