Sunday, June 28, 2009

KELMARIN AKU BERTANYA...

kelmarin aku bertanya,
wahai tuhan siapakah diriku ini,
mengapakah aku disini,
apakah tujuan hidupku ini,

kelmarin aku bertanya,
kenapa hidupku tidak seindah yang kuharapkan,
tidak semanis yang ku idamkan
tidak seceria aku impikan,

kelmarin aku bertanya,
kenapa baik yang aku beri buruk yang aku dapat,
wangi yang aku kasi busuk yang dibalas,
cantik yang aku puji keji yang aku perolehi,

hari ini aku mengetahui,
siapa diriku ini,
hamba kepada Ilahi,
khalifah dibumi ini,
memelihara dan mentadbir bumi amanah Rabbi

hari ini aku mengetahui,
hidupku sebenarnya sentiasa indah,
indah dengan ujian dan dugaan,
itulah tanda kebesaran tuhan,
sentiasa menguji kesabaran insan,
supaya terhindar dari kelalaian dan kealpaan,

hari ini aku mengetahui,
hati ini pelbagai ragam,
ada manis ada masam,
ada gembira ada kusam,
ada sebaik malaikat ada sejahat setan,
yang baik kita alu-alukan,
yang jahat jangan kita abaikan,
itulah sifat hamba tuhan.

SUNNAH ORANG BERJUANG

BERJUANG MENEMPAH SUSAH
MENANNGUNG DERITA MENONGKAH FITNAH
ITULAH GELOMBANG HIDUP SAMUDERA DUKA
SEORANG MUJAHID MEMBURU SYAHID

DIBUANG DIA BERKELANA
DI PENJARA DIA UZLAH DIBURU SYAHID
NAMUN JIWA TETAP MARA MENUJU CITA
MEMBARA DEMI ALLAH DAN RASULNYA

BERJUANG TAK PERNAH SENANG
OMBAK DERITA TIADA HENTI
TENANG TEGANG
SILIH BERGANTI
INILAH SUNNAH ORANG BERJUANG

MALAMNYA BAGAI RAHIB MERINTIS SAYU
DIHIRIS DOSA AIR MATA
SIANGNYA BAGAIKAN SINGA DIRIMBA
MEMERAH KERINGAT MELUAH TENAGA

BERJUANG MEMANG PAHIT
KERANA SYURGA ITU MANIS
BUKAN SEDIKIT MAHAR YANG PERLU DIBAYAR
BUKAN SEDIKIT PEDIH YANG DITAGIH

BERJUANG ERTINYA TERKORBAN
RELA TERHINA KERNA KEBENARAN
ANTARA DUA PASTI TERJADI
TUNGGULAH SYAHID ATAU MENANG