Saturday, December 19, 2009

Pabila Hati Hilang Sinarnya

Bercakap soal hati...apa yang kita tahu mengenainya...
1.Hati adalah salah satu organ dalaman
2.Hati ayam pahit jika silap dicuci
3.Hati lembu memang sedap dimakan
4.Hati-Hati di jalan raya
5.sakit Hati....sakit sekali....(senikata lagu)

Itu adalah Hati yang mungkin selalu sebut-sebutkan...namun kali ini a.kabir ingin menyeru sekalian muslimin-muslimat agar kita mempersoalkan mengenai hati yang berfungsi sebagai jiwa kita....

Apakah yg dimaksudkan hati sebagai jiwa...
1.Hati yang mengungkapkan keinginan

2.Hati yang mengungkapkan kecintaan
3.Hati yang mengungkapkan kebencian
4.Hati yang mengungkapkan kehambaan

secara overallnya hati yang kita hendak sebutkan disini ialah keinginan dan perasaan serta fikiran yang lahir secara batiniah (tak nampak) dalam diri kita yang akan mempengaruhi gerak-geri kita atau perlakuan kita serta percakapan kita dalam kehidupan seharian.

satu hadis Nabi yang berkaitan dengan Hati yg bermaksud:

"Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota manusia itu akan rosak. Itulah dia Hati."

  • berdasarkan hadis tersebut dpt kita simpulkan bahawa Hati memainkan peranan yang penting dalam pengabdian kita kepada Allah...
  • Hati perlu di bentuk supaya hati kita sentiasa bersinar dngn sinar Iman
  • Hati yang tersalah dibentuk atau telah di bentuk dengan nafsu dan keduniaan akan hilang sinarnya dan lama-kelamaan akan menjadi "buta"
  • Buta Hati lagi teruk dari Buta Mata
  • Buta Mata tak nampak jalan di dunia
  • Buta Hati tak nampak jalan ke akhirat
  • Buta Mata tak membuat maksiat
  • Buta Hati tak puas-puas ngn maksiat
  • Kita kesian pada orang yang Buta Mata yg terlanggar tiang lampu
  • Lagi kesian pada orang yang Buta Hati yg terumbang ambing di bawa nafsu
  • Buta Mata ada orang tolong tarik
  • Buta Hati syaitan yang tolong tarik
Kalau Buta Mata boleh di ubati dengan pembedahan Buta Hati juga boleh diubati dengan kaedah yang sama:
1.Bius dengan Makrifatullah
2.Bedah dengan pisau Taubat
3.Basuh dengan air Taqwa
4.Sapukan dengan cecair Iman
5.Tampal dengan Zikrullah
6.Jahit dengan jahitan Zuhud

Semoga Allah sentiasa menyinari hati kita semua dengan keImanan kepada-Nya....Amin....

Monday, December 14, 2009

Samseng Arab Jahiliyyah

Berikut adalah antara samseng2 terkenal di zaman jahiliyyah yang sentiasa berusaha menghalang kerja dakwah Nabi Muhammad S.A.W

1.Abu Jahal bin Hisyam
-bapak kejahilan ini memang sentiasa merancang agenda menyekat dakwah Nabi, dia cuba membunuh nabi dengan seketul batu besar tetapi tidak berjaya setelah Allah menurunkan pertolongannya kepada Nabi dengan memperlihatkan kepada Abu Jahal seeekor unta besar yang ingin menelannya.Mati di dalam perang Badar.

2.Abu Lahab
-merupakan bapak saudara Nabi namun dialah orang yang utama dlm mencanggah segala perbuatan Nabi dan menyebarkan hasutan kepada orang lain supaya membenci Nabi.Ditimpakan bala kepadanya oleh Allah S.W.T dengan sejenis penyakit yg membawa kpd kematiannya

3.al-Nadhar bin al-Harith
-di antara "syaitan" Mekah yg berusaha dlm melumpuhkan dakwah Nabi. Dia mereka syair dan hikayat-hikayat dengan kisah-kisah raja dan pahlawan Parsi. syairnya menarik perhatian ramai dan mengatakan bhw Nabi itu insan biasa kerana dia juga blh bersyair seperti Nabi(dia menyangkakan Nabi bersyair dan berhikayat sedangkan Baginda menyampaikan al-Quran). Allah telah menurunkan ayat khusus kepada peristiwa al-Nadhar bersyair ini

"Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami mereka berkata, Ini adalah dongeng-dongeng orang-orang dahulu kala" surah al-Mutaffifin: ayat 13


4.Uqbah bin Muit
-laknatullah ini telah meletakkan perut unta di atas belakang Rasulullah S.A.W ketika baginda sedang sujud di hadapan Ka'bah...peristiwa telah dilihat oleh puteri Nabi Muhammad iaitu Fatimah az-Zahra dan membuatkan serikandi Islam itu sedih lantas berdoa kepada Allah. Nabi juga turut berdoa:
"Ya Allah ya Tuhanku, Aku serahkan kepada-Mu urusan membalas ke atas pemuka-pemuka Quraisy, Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah dan Ummaiyah bin Khalaf"

5. Abu al-Walid Utbah bin Rabi'ah
-dia merupakan di antara pembesar quraisy dan pandai memujuk orang. Dia telah memujuk Nabi supaya meninggalkan dakwah dan menawarkan Nabi pangkat dan harta namun pujukan mereka juga tidak berhasil....


dan ingatlah wahai pejuang-pejuang kebenaran....samseng-samseng seperti ini akan terus wujud menentang kebenaran itu selagi mana ada orang yang memperjuangkan kalimah Laailaahaillallah....

Thursday, December 10, 2009

Aku dalam percintaan...

Kadang-kadang aku sendirian
terkapai-kapai kesepian
memburu utk satu kepuasan
kepuasan yg mgkn tidak terasa puasnya
selagi aku merasa kesunyian...
selagi kesunyian tidak dihazafkan...
aku tidak kepuasan...
kepuasan menjelma ketika ku mengenal erti cinta..
cinta kepada-Nya
cinta kepada pesuruh-Nya
cinta kepada makhluk-Nya
sebagai cinta kepada-Nya
cinta itulah mengajarku erti sebuah persahabatan
cinta itulah mengajarku erti sebuah percintaan
cinta itulah mengajarku erti ukhuwah
cinta itulah mengajarku erti kasih sayang
cinta itulah mengajarku erti pengorbanan
cinta itulah juga yg mengajarku erti permusuhan
cinta itulah juga yg mengajarku erti persaingan
kepuasan terisi dengan cinta
namun diriku masih tidak puas mendamba cinta
hingga akhir hembusan nafasku
agar terus tidak puas dengan bercinta
cinta ku kepada-Nya...

Kadang-kadang aku terasa
tanpa percintaan ini
dimanakah diriku ini...
kemanakah diriku ini...
siapakah diriku ini....
bolehkah aku terus berdiri
dikala diriku jatuh berdarah tak diubati
bolehkah aku terus berlari
dikala jalan penuh kaca dan duri
bolehkah aku terus layari
dikala lautan bergelora arus berapi
boleh saja...tetapi apa maknanya...
tanpa percintaan ini...
kerana cinta-Nya ubat yg tak dapat dibeli
kerana cinta-Nya kenderaan yg dinaiki
kerana cinta-Nya penenang gelora hati
cinta yang tak mungkin aku lepaskan
cinta yang tak mungkin aku tepiskan
cinta yang tak mungkin aku biarkan
aku sama sekali tak ingin kecundang
sehinggalah matahari menyusul di barat
sehinggalah matahari menyelam ke timur
aku ingin di dalam percintaan
cinta ku kepada-Nya..


Nukilan...
ibnu nasir

Monday, November 30, 2009

Sunday, November 29, 2009

PROKID....BERSAMA SMC


Pada minggu lepas Akhikabir telah mendapat jemputan utk menjadi fasilitator bg Program Khemah Ibadah (PROKID) pd 23-25 November 2009, anjuran SMC (Soul Motivation Centre) sebuah anak syarikat yg menganjurkan program motivasi bg pelajar-pelajar sekolah. Program ini amat bermakna bg akhikabir yg julung kalinya "handle" adik2 yg berumur 7-12 thn....first bl akhikabir dpt jmptn trsbt terdetik di hati mengtakan senang je hndle bdk2 sek rendah ni....tp bl dh msk prgrm tu brlah rasa senang susahnya....bg akhikabir hndle bdk2 ni lg susah dr hndle org2 tua...apa taknya arahan yg di bagi mstlah betul2 terang dr A ke Z msti jelaskan betul2...fuh...penat betul.Namun inilah pengalaman paling berharga buat akhikabir....Syabas kpd SMC yg berjaya melakukan prgrm tersebut...

kump. Gaza...bwh jgaan a.kabir
bbq...best....
bersama Ustaz WAWI..WOW!!!!!

Monday, November 9, 2009

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan al-Banna


1)       Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu  terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)       Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3        Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)       Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)       Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)       Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)       Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)       Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)       Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)     Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..


Sunday, November 8, 2009

AKU CUMA ADA SEEORANG ADIK...


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku  gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap  aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung hiba,adik sungguh besar pengorbananmu.

Sekian.

Friday, November 6, 2009

DEMI MASA....

وَالْعَصْرِ﴿103:1﴾إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ﴿103:2﴾إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ 

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ﴿103:3


"Demi masa(1). Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian.(2). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kebenaran...(3)

 Selalu sahaja kita mendengar ayat-ayat seperti ini di dalam kehidupan seharian kita..."Sibuklah...tak sempat dah ni"...."Kau pergi dulu aku banyak kerja ni..."...."Sori la wei...aku xleh datang la...banyak keje ni"....itulah ayat-ayat manusia yg merasakan masa tidak cukup bg mereka utk mngrskan hal-hal duniawi mereka lebih2 lagi perkataan "sibuk", "takde masa", "banyak kerja" menjadi alasan famous kpd  segelintir manusia yg malas bila di ajak untuk "berdagang" dengan Allah...

Sibuk sangatkah kita sehingga lalai dalam mengerjakan amal di dunia ini....lagi teruk sibuknya kita dengan dunia ini sehinggakan solat kita tidak terjaga....solat lewat kerana melayan dulu amarah yg tidak pernah puas sifatnya...ada juga sampai tidak solat lgsung sehingga boleh mengatakan adanya rukhsah ketika menjaga amanah (membuat kerja)....JAHIL!!!SOMBONG!!!...perkataan itulah sepatutnya di berikan kepada manusia2 yg berlagak pandai di dunia milik Tuhan ini..orang yg meninggalkan solat tetapi ibarat orang yg masuk rumah orang tanpa izin,dahlah masuk rumah tanpa izin tuannya boleh makan,minum dan buat apa yg dia suka pula...tidakkah mereka tahu bahawa Solat itulah amanah yg paling besar yg patut dia jaga dan ingatlah bahawa Nabi kita selalu berpesan terhadap kewajiban menunaikan solat kerana Solat adalah tiang agama.....kalau dh sibuk memanjang sehingga lalai dengan solat apatah lg hendak melakukan amalan lain....rugi2...

Apakah yg disibukkannya?
1.Study?
-wah hebat sangat studynya sehingga rela tidak solat....sehingga melewatkan solat....sehingga tak boleh nak berjemaah....lupakah mereka bahawa siapa yg memberikan mereka Ilmu...pengetahuan...pangkat....darjat....apalah kejayaan yg diperolehi jika tidak direstui dan diberkati yg Maha Kuat....

2.Main game?
-wah3...main game hebat pulak....hebat sangat sampai game pun merayu supaya berhenti dulu...game pun merayu hoi pegilah solat dulu,xmalu ke dhlah benda ni orang bagi pnjam tp lebih2 pulak dia...game dh tak larat dah nak bersekongkol ngn manusia yg lupa diri...bukan nak kata main game tu salah....tapi orang yg mainkannya dengan cara yg salah....

3.Dating?
-Hui3 yg ni paling best....bab dating ni lah yg paling disibukkannya...pantang di ajak awek...mesti pergi punya...yalah nnti awek marah...melepaslah kan3??...kalau di ajak ke masjid...program2 ilmiah...ceramah....banyaklah pulak alasannya,bibir tu muncung2 menndkan xnak pergi yg amat sangat...kpd yg membela awek tu kamu rasa berkat ke kamu buat macam tu?keluar makan bersama...ambil gmbar dekat2....naik kereta bersama...naik motor bersama...alah bukan berzina pun itulah jawapan yg diberikan bila ditegur....cik abang cik adik yg leka dengan nikmat dunia, betullah tidak berzina, tp perkara2 yg boleh menghampirkan kepada zina juga wajib kita hindari....zina ada banyak bang...kak...bukan yg tu je...zina mata ada...zina tangan ada...zina kaki ada...zina telinga pun ada...nak tahu lanjut pergilah dengar ceramah sekali-sekala...ajak awek sekali....satu je yg saya nak pesan pada orang yg begini jangan sampai boleh buat hukum sendiri...belajrlah bab hukum hakam syariat Islam,bab muamlat dan sebagainya....jangan terlalu sibuk dengan awek kita tu....kalau betul2 nak kat si dia buatlah secara halal...boleh bercinta sebenarnya di dalam Islam ttp biar berlndaskan syariat....kalau stkt nk suka2...saya syorkan cukuplah kita menambah dosa kita....dan ingatlah dosa itu hanya sinonim dengan neraka...yang paling sedih orang yg tahu dan faham hukum hakam juga membuat perkara yg sama...tak tahu sama ada dah lupa atau buat-buat lupa....wanauzubillah...kita boleh mengubahnya dengan syarat kita sendiri yg ingin mengubahnya...ubah sedikit-demi sedikit, InsyaAllah Dia akan membantu kita...Ingatlah bahawa maut tidak menunggu kita utk bertaubat dahulu...jika dia datang sudah tidak ada lagi peluang kali kedua utk kita...buka mata, bukalah minda,bukalah fikiran lahirkan keinsafan....

"BERTAUBATLAH SELAGI ADA RUANG DAN PELUANG YG DIBERI"

"SOLATLAH SEBELUM KAMU DISOLATKAN"

"BERDOALAH SUPAYA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YG KERUGIAN"

"SALING TEGUR MENEGUR UNTUK KEDAMAIAN BERPANJANGAN"

"ISILAH MASA YANG ADA DENGAN MUNAJAT KEPADA TUHAN"

"SEMOGA KEINSAFAN YG DILAHIRKAN KUNCI KEPADA RAHMAT TUHAN"

wallahua'lam....
artikel ini ku tujukan kepada diriku sendiri sebagai insan yg tak terlepas dari kesalahan dan kepada sesiapa sahaja yg menanggap dirinya sebagai HAMBA TUHAN.

Tuesday, November 3, 2009

Senyum, Senyum, Senyumlah....


”Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah”. (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi)

Dalam sebuah riwayat disebutkan pula, ”Belum pernah aku menemukan orang yang paling banyak tersenyum seperti halnya Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam “. (Riwayat At-Tirmidzi)

Al-Husein Radliyallahu’anhu, cucu beliau, menuturkan keluhuran budi pekerti beliau. Ia berkata,” Aku bertanya kepada Ayahku tentang adab dan etika Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam terhadap orang-orang yang bergaul dengan beliau. Ayahku menuturkan, ‘Beliau Shallahu ‘alaihi wa Sallam senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan senantiasa puas…..” (Riwayat At-Tirmidzi)

Aisyah Radliyallahu’anha bercerita, yang artinya, “Tidak pernah saya melihat Raulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongannya. Akan tetapi tertawa beliau adalah dengan tersenyum”. (Riwayat Al-Bukhari)

Sunday, November 1, 2009

my family...


akhikabir dah tinggi sikit dr kak nor...ha...ingat baru lps kena buli ngn kak nor...cepat masa berlalu.....

An-Nazofatu Minal-Iman.....

Inilah keadaan rumah sewa akhikabir....amacam..kemas tak....

Friday, October 30, 2009

UNTA KESAYANGAN KU....

SAYANGI MEREKA...



3 amalan yg mana tidak akan terputus bila mana seseorang anak Adam menghembuskan nafasnya yang terakhir:
1.Ilmu yang di munafaatkan
2.Amal Jariah
3.Doa anak yg soleh

"Wahai si anak...pohonlah kemaafan dr kedua orang tua mu sebelum mereka meninggalkan kamu....sesungguhnya tidak terampun dosa mu jika mereka pergi dulu sebelum-mu tanpa kemaafan terhadap diri mu.....sesungguhnya redha Allah terletak pada redha kedua ibu-bapa mu....."

Wednesday, October 28, 2009

HIKMAH DI SEBALIK PERBINCANGAN

Assalamualaikum kpd semua yg singgah di blog akhikabir ni,,,agak lama akhikabir tak menulis terasa tak selesa pulak...kali ini saya akan berkomentar mengenai kepentingan musyawarah,atau syura ataupun perbincangan memandangkan ianya adalah elemen penting kpd kita dalam menrskan perjuangan di dlm kehidupan khususnya dlm kehidupan berorganisasi...

Apakah Syura?
-menurut bahasa ialah berunding atau bertukar fikiran.
-menurut istilah syariat Islam, erti syura atau musyawarah ialah bertukar fikiran atau berbincang antara dua orang atau lebih dalam menghadapi hal-hal yang dibenarkan oleh syariat sesuai dengan adab-adab, cara cara yang syar’i untuk memperoleh hasil yang baik dan benar yang akan menjadi tindakan bersama, seseorang atau satu kelompok.

“Dan orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (QS. Asy-syura 42: 38)

syura:Sebuah Hikmah
-amal jama’i (kerjasama) > akan timbul ikatan tanggung jawab untuk sama-sama menanggung amal yang akan dilaksanakan, walaupun kadang tidak berbuah kebaikan yang diharapkan.
-Rasulullah saw. juga menerima usulan para sahabatnya dalam perang Uhud. Meskipun kaum Muslimin mengalami kerugian dalam perang itu, namun al-Qur’an tetap menekankan pentingnya musyawarah itu.
-Setelah habis perang Uhud, turunlah ayat Quran, “Maafkanlah mereka, mintakanlah ampunan bagi mereka, dan ajaklah mereka bermusyawarah.” (QS. Ali ‘Imran: 159).

Adab-adab bermusyawarah/syura:
-membuka majlis dengan Ummul Kitab
-menghormati Pengerusi Majlis
-memberitahu ahli syura jika lewat ke majlis atau xdapat pergi
-saling memberikan pandangan dengan niat utk mencapai jalan penyelesaian...bukan dngn niat utk menonjol diri dan sebagainya
-memberi pandangan dan berlapang dada dengan pandangan orang lain
-jangan sesekali beranggapan pandangan kita yg paling betul dan orang lain salah
-berlapang dada dan sepakat dengan keputusan yang diperolehi
-dilarang mengungkit atau mempersoalkan keputusan yg telah disepakati di luar mesyuarat ataupub sesudah mesyuarat selesai....jika ingin kepastian lagi terhadap keputusan mestilah dilakukan ketika mesyuarat masih berlangsung...
-berserah kepada Allah (tawakkal) dengan keputusan yg diperolehi dan berharap keputusan tersebut dirahmati-Nya.

Syura yg berkesan:
-Wujudkan suasana yang boleh merangsang perbincangan.
-Ahli-ahli diberi peluang sama rata untuk perbincangan.
-Agenda dibincangkan satu persatu.
-Had waktu perbincangan bagi setiap isu/masalah ditentukan mengikut keutamaan.
-Setiap pandangan dan keputusan dirumuskan dari masa ke semasa.

Thursday, October 22, 2009

MENJAGA KERUKUNAN HIDUP BERMASYARAKAT

Dari Abi Hurairah r.a katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya."

Riwayat Muslim

Huraian

Mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita akan struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu individualistik. Sesungguhnya sebagai agama 'keamanan', Islam sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah seperti menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan sesama sendiri, menjaga maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah, tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda dan sebagainya daripada kecurian, rompakan pencerobohan dan lain-lain.

Sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Antara sebab mengapa puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini. Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Namun malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.

Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam pepatah Melayu “cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya”. Dengan perkataan lain, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.

Sunday, October 11, 2009

sehari bersama Prinsip Ekologi....

kerja lapangan ekologi....best.....pengalaman yg amat berharga buat akhikabir.....

kita cari benthos dulu.....ada gaya X???

rehat sekejap....selepas tgkap insects

ramai-ramai tngk pakcik mat dan pakcik jo menjala ikan....akhikabir pn try gak mnjla ikan ini....terbuka jgklah jala tu walaupun empat segi.....huhu

Saturday, October 3, 2009

KAMBING TERBANG....

Teringat akhikabir ketika masih lagi menuntut di sekolah menengah dl akan satu cerita...cerita ini pendek je tapi beri satu pengajaran yg amat berguna....mana taknya jika cerita ini akhikabir msh ingat lg walaupun dah empat tahun berlalu.

ceritanya begini.....
ada dua orang sahabat tinggal di sebuah kampung, me
reka ini memang dikenali sebagai sahabat sejati....tidak pernah berenggang walau pergi ke mana-mana.Sorang bernama Sood dan sorang lagi dikenali dngn nama Daud.Sood ni jenis bangang ckit manakala Daud ni jenis baik hati....Sood peranagai dia tidak mudah suka mengalah....kalau dia kata A, A lah jadinya walaupun benda tu B,C,D dsbgnya.

Suatu hari, Sood dan Daud bersiar-siar di dlm kmpng mereka, tiba-tiba mereka terkejut ketika melalui kaw semak, semak tersebut bergoyang-goyang......lalu Sood bertanya kpd Daud,"hoi Daud kau rasa apa benda dlm semak tu?"....."burunglah....tengah mengawan" balas Daud."Eh....burung kau cakap??aku rasa taklah kambing tu...."Sood kemudian ambil seketul batu lalu membaling ke arah semak tersebut.....memang betul apa yg disangkakan Daud, dalam semak tersebut ada burung....Burung-burung tersebut terus terbang me
ninggalkan semak dan dua org sahabat tadi....spontan dengan burung-burung itu terbang,Sood dengn bgganya berkata kpd Daud...."Hah,kan aku dah cakap kambing dlm semak tu.....dah terbang dah pun..."..."yelah.....Kambing terbang !!!" jawab si Daud yg malas nk lyn kerenah si Sood.....

Pengajaran:

1.Jangan kita terlalu merasakan kita je yg betul terutamanya dlm memberikan pndapat....tetap juga mempertahankan Idea kita walaupun dah jelas di depan mata kita yg pendapat kita tu memang tak boleh pakai....jngn tergolong dlm glngn bodoh sombong.
2.Perlu kita menghormati pendapat orang walaupun pendapatnya tidak relevan....jika betul pendapatnya tidak betul....perlu bgtau dengan cara yg sebaiknya jngn mengiakan pendapatnya yg dh konpem salah krn akan memberi mudarat dn buka jalan kpdnya apa yg sebaiknya....
3.orang yg bodoh sombong sentiasa mncr alasan nak tnjk jugak dia jugak yg betul....walaupun alasan yg diberikannya mmg tdk blh ditrm oleh akal w
aras dan amat mnjgklkn....elakkan dr sifat tk suka menglh ini....ianya mmg di benci org....


Friday, October 2, 2009

HUKUM ALLAH VS HUKUM MANUSIA


SEBAT CARA ISLAM
1-Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm.
2-Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3-Sebatan tidak boleh kena muka, kepala,perut,dada atau bahagian sulit.
4-Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5-Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6-Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7-Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1-Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz
2-Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3-Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4-Bahagian daging punggung akan tededah untuk disebat.
5-Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikatkan kedua kaki dan tangan.
6-Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7-Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8-Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum islam dibawah seksyen 136 enakmen pentadbiran agama islam dan adat resam melayu pahang 1985 dan boleh dihukum dibawah seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum islam sebenarnya.

Ayuh bagi mereka yg masih lg ragu-ragu tntg hukum Allah,kejamkah hukumannya??mana lagi kejam??jangan sampai kejahilan melahap diri kita,hukuman di dalam Islam bukan bersifat menyiksa tetapi bersifat dari sifat dasar Islam itu sendiri iaitu "mengajar"

Saturday, September 12, 2009

TEKNIK-TEKNIK MEMENANGI HATI MAD'U

1.Dapatkan kesan pertama yang baik dalam pertemuan (first Impression)
-jangan terlalu menumpukan perhatian pada diri sendiri(terlalu menonjolkan diri)
-perlihatkan minat mendalam ketika dia bercakap
-pakaian yg sesuai sbg nqba'
-banyak dengar dr bercakap
-jawab soalan dengan mudah dan jelas
-jujur dan menunjukkan minat
-adakan sedikit unsur kelakar
-jangan keluarkan kata-kata kesat
-elakkan tabiat buruk (korek hidung berlebih-lebihan,lalai atau lupa,bersuara kuat dll)

2.Berminat dan bersungguh-sungguh
-kenali kegemaran dan kesukaannya,cita-cita dan minatnya.kalau boleh cari titik persamaan melalui kegemarannya dengan kegemaran anda
-tunjukkan rasa simpati dan ingin membantu apabila dia ada masalah

3.Berikan penghargaan atas kejayaan dan kebaikan dia

4.Amalkan sifat peramah dan sentiasa bertegur sapa dengan mad'u...jangan sesekali jadi talam dua muka (berpura-pura baik)

Sunday, August 23, 2009

RAMADHAN YA RAMADHAN

SALAM DI UTUS PEMULA BICARA,
ASSALAMUALAIKUM DILAFAZKAN,
RAMADHAN DI TUNGGU MUNCUL JUA,

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.


MULUT BERTASBIH MEMUJI ILAHI,

KERANA ALLAH NIAT DIHATI,
AWAL RAMADHAN SEMUA KETAHUI,

AWALNYA RAHMAT DILIMPAHI.

ISTIGHFAR BERALUN INSAFI DIRI,

SESUAI DENGAN BULAN YG DIBERKATI,

PERTENGAHANNYA PENGAMPUNAN DI BERI,

AYUH TEMAN KITA KECAPI.


AKHIR RAMADHAN SAAT DINANTI,

عِتْقٌ مِنَ النَّارِ HARAP DIPEROLEHI,
INSAFLAH INSAN INSAFI DIRI,

API NERAKA KITA HINDARI.

WAHAI INSAN SANG PELUPA,
JANGAN KITA MENJADI BUTA,
BERAMAL BERTAUBAT DI RAMADHAN SAHAJA,
ITULAH PEMAHAMAN YG SIA-SIA.

SENTIASA KITA BERIBADAT KEPADA-NYA,

BUKAN HANYA PADA HARI DAN BULAN YG MULIA,
BILA RAMADHAN MENINGGALKAN KITA,
JANGAN KEMBALI ALPA DAN LEKA.

Sabda Rasulullah S.A.W :


شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan dari api neraka


Syarat-syarat wajib puasa :

· Islam

· Baligh

· Berakal

· Suci dari Haid dan Nifas

· Berkemampuan