hidup penuh macam ragam....ada baik ada buruk...ada cantik ada hodoh....ada wangi ada busuk....pelbagai "jenis" ibarat pelangi yang pelbagai warnanya....namun itulah hakikat kehidupan....jadilah warna yang digemari orang....
Bercakap soal hati...apa yang kita tahu mengenainya... 1.Hati adalah salah satu organ dalaman 2.Hati ayam pahit jika silap dicuci 3.Hati lembu memang sedap dimakan 4.Hati-Hati di jalan raya 5.sakit Hati....sakit sekali....(senikata lagu)
Itu adalah Hati yang mungkin selalu sebut-sebutkan...namun kali ini a.kabir ingin menyeru sekalian muslimin-muslimat agar kita mempersoalkan mengenai hati yang berfungsi sebagai jiwa kita....
Apakah yg dimaksudkan hati sebagai jiwa... 1.Hati yang mengungkapkan keinginan 2.Hati yang mengungkapkan kecintaan 3.Hati yang mengungkapkan kebencian 4.Hati yang mengungkapkan kehambaan
secara overallnya hati yang kita hendak sebutkan disini ialah keinginan dan perasaan serta fikiran yang lahir secara batiniah (tak nampak) dalam diri kita yang akan mempengaruhi gerak-geri kita atau perlakuan kita serta percakapan kita dalam kehidupan seharian.
satu hadis Nabi yang berkaitan dengan Hati yg bermaksud: "Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota manusia itu akan rosak. Itulah dia Hati."
berdasarkan hadis tersebut dpt kita simpulkan bahawa Hati memainkan peranan yang penting dalam pengabdian kita kepada Allah...
Hati perlu di bentuk supaya hati kita sentiasa bersinar dngn sinar Iman
Hati yang tersalah dibentuk atau telah di bentuk dengan nafsu dan keduniaan akan hilang sinarnya dan lama-kelamaan akan menjadi "buta"
Buta Hati lagi teruk dari Buta Mata
Buta Mata tak nampak jalan di dunia
Buta Hati tak nampak jalan ke akhirat
Buta Mata tak membuat maksiat
Buta Hati tak puas-puas ngn maksiat
Kita kesian pada orang yang Buta Mata yg terlanggar tiang lampu
Lagi kesian pada orang yang Buta Hati yg terumbang ambing di bawa nafsu
Buta Mata ada orang tolong tarik
Buta Hati syaitan yang tolong tarik
Kalau Buta Mata boleh di ubati dengan pembedahan Buta Hati juga boleh diubati dengan kaedah yang sama: 1.Bius dengan Makrifatullah 2.Bedah dengan pisau Taubat 3.Basuh dengan air Taqwa 4.Sapukan dengan cecair Iman 5.Tampal dengan Zikrullah 6.Jahit dengan jahitan Zuhud
Semoga Allah sentiasa menyinari hati kita semua dengan keImanan kepada-Nya....Amin....
Berikut adalah antara samseng2 terkenal di zaman jahiliyyah yang sentiasa berusaha menghalang kerja dakwah Nabi Muhammad S.A.W
1.Abu Jahal bin Hisyam -bapak kejahilan ini memang sentiasa merancang agenda menyekat dakwah Nabi, dia cuba membunuh nabi dengan seketul batu besar tetapi tidak berjaya setelah Allah menurunkan pertolongannya kepada Nabi dengan memperlihatkan kepada Abu Jahal seeekor unta besar yang ingin menelannya.Mati di dalam perang Badar.
2.Abu Lahab -merupakan bapak saudara Nabi namun dialah orang yang utama dlm mencanggah segala perbuatan Nabi dan menyebarkan hasutan kepada orang lain supaya membenci Nabi.Ditimpakan bala kepadanya oleh Allah S.W.T dengan sejenis penyakit yg membawa kpd kematiannya
3.al-Nadhar bin al-Harith -di antara "syaitan" Mekah yg berusaha dlm melumpuhkan dakwah Nabi. Dia mereka syair dan hikayat-hikayat dengan kisah-kisah raja dan pahlawan Parsi. syairnya menarik perhatian ramai dan mengatakan bhw Nabi itu insan biasa kerana dia juga blh bersyair seperti Nabi(dia menyangkakan Nabi bersyair dan berhikayat sedangkan Baginda menyampaikan al-Quran). Allah telah menurunkan ayat khusus kepada peristiwa al-Nadhar bersyair ini
"Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami mereka berkata, Ini adalah dongeng-dongeng orang-orang dahulu kala" surah al-Mutaffifin: ayat 13
4.Uqbah bin Muit -laknatullah ini telah meletakkan perut unta di atas belakang Rasulullah S.A.W ketika baginda sedang sujud di hadapan Ka'bah...peristiwa telah dilihat oleh puteri Nabi Muhammad iaitu Fatimah az-Zahra dan membuatkan serikandi Islam itu sedih lantas berdoa kepada Allah. Nabi juga turut berdoa: "Ya Allah ya Tuhanku, Aku serahkan kepada-Mu urusan membalas ke atas pemuka-pemuka Quraisy, Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah dan Ummaiyah bin Khalaf"
5. Abu al-Walid Utbah bin Rabi'ah -dia merupakan di antara pembesar quraisy dan pandai memujuk orang. Dia telah memujuk Nabi supaya meninggalkan dakwah dan menawarkan Nabi pangkat dan harta namun pujukan mereka juga tidak berhasil....
dan ingatlah wahai pejuang-pejuang kebenaran....samseng-samseng seperti ini akan terus wujud menentang kebenaran itu selagi mana ada orang yang memperjuangkan kalimah Laailaahaillallah....
Kadang-kadang aku sendirian terkapai-kapai kesepian memburu utk satu kepuasan kepuasan yg mgkn tidak terasa puasnya selagi aku merasa kesunyian... selagi kesunyian tidak dihazafkan... aku tidak kepuasan... kepuasan menjelma ketika ku mengenal erti cinta.. cinta kepada-Nya cinta kepada pesuruh-Nya cinta kepada makhluk-Nya sebagai cinta kepada-Nya cinta itulah mengajarku erti sebuah persahabatan cinta itulah mengajarku erti sebuah percintaan cinta itulah mengajarku erti ukhuwah cinta itulah mengajarku erti kasih sayang cinta itulah mengajarku erti pengorbanan cinta itulah juga yg mengajarku erti permusuhan cinta itulah juga yg mengajarku erti persaingan kepuasan terisi dengan cinta namun diriku masih tidak puas mendamba cinta hingga akhir hembusan nafasku agar terus tidak puas dengan bercinta cinta ku kepada-Nya...
Kadang-kadang aku terasa tanpa percintaan ini dimanakah diriku ini... kemanakah diriku ini... siapakah diriku ini.... bolehkah aku terus berdiri dikala diriku jatuh berdarah tak diubati bolehkah aku terus berlari dikala jalan penuh kaca dan duri bolehkah aku terus layari dikala lautan bergelora arus berapi boleh saja...tetapi apa maknanya... tanpa percintaan ini... kerana cinta-Nya ubat yg tak dapat dibeli kerana cinta-Nya kenderaan yg dinaiki kerana cinta-Nya penenang gelora hati cinta yang tak mungkin aku lepaskan cinta yang tak mungkin aku tepiskan cinta yang tak mungkin aku biarkan aku sama sekali tak ingin kecundang sehinggalah matahari menyusul di barat sehinggalah matahari menyelam ke timur aku ingin di dalam percintaan cinta ku kepada-Nya..
Pada minggu lepas Akhikabir telah mendapat jemputan utk menjadi fasilitator bg Program Khemah Ibadah (PROKID) pd 23-25 November 2009, anjuran SMC (Soul Motivation Centre) sebuah anak syarikat yg menganjurkan program motivasi bg pelajar-pelajar sekolah. Program ini amat bermakna bg akhikabir yg julung kalinya "handle" adik2 yg berumur 7-12 thn....first bl akhikabir dpt jmptn trsbt terdetik di hati mengtakan senang je hndle bdk2 sek rendah ni....tp bl dh msk prgrm tu brlah rasa senang susahnya....bg akhikabir hndle bdk2 ni lg susah dr hndle org2 tua...apa taknya arahan yg di bagi mstlah betul2 terang dr A ke Z msti jelaskan betul2...fuh...penat betul.Namun inilah pengalaman paling berharga buat akhikabir....Syabas kpd SMC yg berjaya melakukan prgrm tersebut...
1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3 Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6) Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7) Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8) Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung hiba,adik sungguh besar pengorbananmu.