Sunday, August 23, 2009

RAMADHAN YA RAMADHAN

SALAM DI UTUS PEMULA BICARA,
ASSALAMUALAIKUM DILAFAZKAN,
RAMADHAN DI TUNGGU MUNCUL JUA,

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.


MULUT BERTASBIH MEMUJI ILAHI,

KERANA ALLAH NIAT DIHATI,
AWAL RAMADHAN SEMUA KETAHUI,

AWALNYA RAHMAT DILIMPAHI.

ISTIGHFAR BERALUN INSAFI DIRI,

SESUAI DENGAN BULAN YG DIBERKATI,

PERTENGAHANNYA PENGAMPUNAN DI BERI,

AYUH TEMAN KITA KECAPI.


AKHIR RAMADHAN SAAT DINANTI,

عِتْقٌ مِنَ النَّارِ HARAP DIPEROLEHI,
INSAFLAH INSAN INSAFI DIRI,

API NERAKA KITA HINDARI.

WAHAI INSAN SANG PELUPA,
JANGAN KITA MENJADI BUTA,
BERAMAL BERTAUBAT DI RAMADHAN SAHAJA,
ITULAH PEMAHAMAN YG SIA-SIA.

SENTIASA KITA BERIBADAT KEPADA-NYA,

BUKAN HANYA PADA HARI DAN BULAN YG MULIA,
BILA RAMADHAN MENINGGALKAN KITA,
JANGAN KEMBALI ALPA DAN LEKA.

Sabda Rasulullah S.A.W :


شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan dari api neraka


Syarat-syarat wajib puasa :

· Islam

· Baligh

· Berakal

· Suci dari Haid dan Nifas

· Berkemampuan

Friday, August 21, 2009

Thursday, August 20, 2009

antara nikmat dan ujian


sotong goreng celup tepung di kampung Penarik....harga Rm 4.00 seekor.....
amaran kepada yg ada resdong....gejala seperti ini mungkin berlaku:
1-gatal muka, hidung, mata, kepala dan telinga
2-pening kepala

*akhikabir dah keno dah...tengah merana sekrg....bero habih muko kawe...huhu.

Wednesday, August 19, 2009

teringat kembali...

Assalamualaikum kepada semua...artikel ini ana nukilkan kerana teringat kembali kenangan2 indah bersama ngan sahabat-sahabat dan juga naqib-naqib ana xlupa pada abe-abe juga ustaz-ustazah, cikgu-cikgu yg xjemu2 dalam mentarbiyyah murid-murid, adik-adik supaya berada dalam landasan yg betul....sebenarnya sudah lama niat di hati akhikabir utk menjenguk falahiah....entah bagaimana perasaan tersebut membuak-buak ketika akhikabir dlm perjalanan balik ke kelantan baru-baru ni(isnin lepas)....ketika tengah 'pres' mtr ex5 milik akhikabir tu entah bgaimana akhikabir asyik terkenang peristiwa-peristiwa manis ketika berada di madrasah itu pada suatu ketika dahulu....."xboleh jadi nih...aku kena singgah jugak nih..."getus hati akhikabir.

tepat-tepat azan maghrib berkumandang akhikabir sampai di pasir pekan....akhikabir tengok luaran falahiah....sama...masih seperti dulu....cuma ada beberapa pokok yg telah ditebang di kawasan kandang bas...teringat akhikabir pada abg lan...driver bas falahiah...akhikabir pun xtahu samada abg lan masih disitu atau sudah bertukar....sampai di pintu pagar...akhikabir tengok pelajar-pelajar masih ada lagi berkeliaran di depan dewan haji wan adam...ada juga yg bergegas ke masjid...teringat kenangan ketika akhikabir ngan sahabt2 dulu meronda2 kawasan asrama mengajak pghuni asrama ke masjid....indah kenangannya....ada diantara kami dimarah, dicaci di katakan jaga tepi kain org...tetapi itulah manis yg akhikabir masih lg merasainya hingga sekarang....akhikabir bergerak ke masjid...org sudahpun selesai solat maghrib...akhikabir solat seorg diri...jamak dan qasar sekali...sesudah berdoa ada 2-3 org pelajar menyapa akhikabir....rupa-rupanya anak buah akhikabir dahulu.....sggh xdisngka dulu budak-budak nilah yg kita didik skrg ni diorag pula yang mendidik....sungguh pantas masa berlalu...akhikabir merasakan baru semalam akhikabir buat liqa' fil ghurfah bersama dngn diorg....hari ini wah semuanya hebat...ada yg bagi tazkirah di hadapan ada pula tengah buat halaqah dengan mad'u masing-masing....tetapi akhikabir lihat suasana di masjid sudah berubah...kalau dulu waktu diantara maghrib ngn isya' memg masjid di banjiri dengan pelajar-pelajar...alunan zikir munajat, selawat dan tazkirah drp BADAR atau ceramah drp Ustaz-ustaz selalu bergema...sebab masa zaman akhikabir dulu ada jadual ceramah ustaz-ustaz dan ditampal di papan kenyataan belakang masjid...tetapi akhikabir tengok cuma ada seorg je yg tengah promote puasa sunat di hadapan....terasa terharu apabila adik-adik dtg bersalaman ngn akhikabir...kalau dulu kitalah yg menyambut abg2 mantan yg dtg ke falah...sekarg kita pula di sambut...akhikabir xsangka yg budak-budak ni masih lg ingt nama akhikabir...ingt dh lupa dah...hehe...tetapi akhikabir brs amat bersalah krn sudah lupa nama adik-adik....akhikabir tengok adik-adikpun dah besar dah...dulu tengk amrad je...skrg ni dh mcm bapak org.....akhikabir bergerak ke belakang masjid...terkejut akhikabir...adalagi kerusi batu di tepi tgki air....masih xberubah....disitulah bnyk kenangan akhikabir ngn sahabt-sahabt dan mad'u....disitulah saudara Aizuddin mengadu pada akhikabir pada suatu ketika dahulu....disitu jugalah akhikabir pernah bertemu dan menasihati mad'u yg bermasalah....di kaw. kerusi batu itu jugalah akhikabir dan shabat-shabat memetik buah kelapa muda...teringat akhikabir pada sahabat yg bernama Faiz Yahani dan Afifi sahabat yg terror memanjat pokok kelapa....akhikabir tersenyum sendirian....di masjid itulah juga akhikabir masih terasa suasana akhikabir dengan naqib akhikabir dahulu (masa form 1) abe ayie dan abe Azwan membuat usrah....juga akhikabir dengan mad'u akhikabir...khairi,amzar,munzir,fatah dan haiban buat usrah....teringat gelagat-gelagat ustaz yg mmberi tazkirah dahulu...terutamanya ustaz Shukri Ramli dan ustaz abd Shukor....indahnya suasana ketika itu.,....pelbagai variasi usrah yg kami lakukan...usrah lilin...usrah tali...usrah tayangan....usrah "bakar ayam" dan macam-macam lg.....akhikabir sempat bertanya kpd anak-anak buah yg ada di masjid pd mlm itu psl variasi usrah yg dilakukan...rata2 mereka tidak mengetahuinya....ada yg tahu tetapi tidak tahu cara melaksanakannya....akhikabir terasa simpati pada diorg kerana tidak terasa permata atau harta warisan falahiah zaman-zaman...kdg2 akhikabir terfikir mungkin warisan2 tersebut akan di telan zaman jika tiada org yg ambil tindakan...mgkn juga warisan2 tersebut sudahpun tidak relevan pada masa sekarang...wallhhua'lam...tetapi apa yg akhikabir dapat...warisan-warisan itulah yg bnyk mendidik akhikabir dan sahabat lain....dan juga warisan itulah yg membuahkan ukhuwah di hati kami.....akhikabir amat bersyukur kerana dapat merasai nikmat warisan tersebut...itulah memori terindah akhikabir di Falahiah suatu ketika dahulu.....dan warisan itulah juga bagi akhikabir menjadikan Falahiah merupakn sekolah yg amat unik dan lain dr yg lain.....semoga Falahiah terus mara kehadapan melahirkan pemuda-pemuda harapan agama Islam.....

Jutaan terima kasih kepada:
1. Ustaz Mat Hussin,Ustaz Shukri,Ustaz Wan Mithlain, Ustaz Affendi, Ustaz Ulwi bin Ibrahim, Ustaz Abdul Rani, Ustaz Abdul Shukor serta ustaz-ustaz,cikgu-cikgu lain yg banyak mengajar dan mendidik kami
2. Abang2 Naqib Tingkatan Tiga (2002) terutamanya abe Ayie dan Abe Azwan abdullah
3. Abang2 Naqib Tingkatan Empat (2002)
4. Mantan BADAR 2002,2003,2004,2005
5. Juga mad'u-mad'u ana samada di dalam usrah dan juga di bilik khususnya bilik B-06(2005) dan C-05(2006)
6. semua warga FALAHIAH yg akhikabir kasihi sekalian....suasana selepas subuh di Falahiah....semoga tarbiyyah di Falahiah terus gagah meniti arus zaman..

kenangan di Falahiah




YA ALLAH YA TUHAN KAMI....IKATKANLAH HATI-HATI INI DAN JIWA-JIWA INI DENGAN IKATAN UKHUWAH FILLAH, TEGUHKANLAH HATI-HATI INI DENGAN KALIMAH TAYYIBAH,JANGAN KAU BIARKAN JIWA-JIWA INI LERAI DARI IKATANNYA....BERKATILAH JIWA-JIWA INI DI DALAM MENCARI KEREDHAAN MU YA ALLAH DEMI MENCAPAI KEBAHAGIAAN YANG KEKAL ABADI DI DALAM GOLONGAN HAMBAMU YANG DI KASIHI.AMIN.....

Tuesday, August 11, 2009

PRINSIP EKOLOGI.....

Assalamualikum kpd semua....lebih2 lg kepada yg mengikuti perkmbngn blog ini.untuk kali ini akhikabir ingin berkongsi ngn sahabat,rakan-rakan, teman-teman sekalian mengenai amali subjek prinsip ekologi yg telah kami lakukan pada petang tadi (11.8.2009). Tajuk amali kami kali ini ialah "POPULATION ATTRIBUTES OF GRASSES COMMUNITY" yg mana bertujuan untuk menyukat populasi rumput di suatu kawasan dengan menggunakan quadrate. Kumpulan akhikabir berjaya mengumpul dan menamakan 9 spesis rumput yg berbeza...

tengah membilang spesis dalam quadrate

kawan akhikabir ini tengah mengira jgk...

inilah quadrate......

Crypsopagon oviatalis

Vitex orota

Triumfetta bactramia

Digitaria fesaencens

Barrerva latifolia

Scaveola

Socciolepis indica

Phylanthus arinacia

Cyperus sudians

Sunday, August 9, 2009

koir konvokesyen umt ke-7 2009


akhi kabir mengucapkan tahniah kepada din budak
s.bio krn tlh mnjykn koir tersebut...best lagu tu din..
nnt akhikabir jmpt wat persembahan kat baitussewa kami
ye...

Friday, August 7, 2009

Takut Polis....

Assalamulaikum kepada sahabat, teman-teman sekalian.....semoga kita semua berada di dalam lingkungan golongan yg di redhai Allah azzawajalla...selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi kita khatamul an-biya' Muhammad Al-Amin dan juga keluarga dan sahabat baginda....
tulisan ini saya nukilkan kerana saya teringat satu peristiwa yang berlaku pada diri saya ketika saya menaiki teksi beberapa tahun yg lalu....

Sudah menjadi kebiasaan diri saya apabila menaiki teksi sy xmeggunakan sit-belt ttp kalau naik kereta yg "baru sikit" sy menggunaknnya pula...(demand...hehe)...dan alhamdulillah perjalanannya selamat.Sehinggalah pada satu tempat...driver teksi itu secara tiba-tiba mengarahkan saya memakai sit-belt itu...."dalam hat
i saya tertanya-tanya...apahal pakcik ni....awl2 td x bising...sekarang ni bising pulak..." dan akhirnya persoalan saya terjawab,ingatkan pakcik itu hendak terlanggar sesuatu dan menyuruh saya pakai sit-belt itu utk kurgkn kesan hentakan....rupa-rupanya...ada road-block beberapa meter di hadapan...polis...patutlah pakcik drebar teksi tu beria-ia suruh saya memakai sit-belt...dan sy sempat memakainya...dan kami berjaya mengharungi sekatan tersebut...

Saya terfikir...rata-rata pemandu ataupun manusia di dunia ini memang takut kepada polis...takut ditangkap...takut disaman...sebab itulah penjenayah melakukan jenayah mereka di luar mata polis....takut di tangkap polis....tetapi ingatlah bahawasanya walaupun kita melakukan kesalahan atau jenayah di belakang polis tetap ada "polis" yang akan melihat tindak-tanduk kita...PASTI!!!!....bukan kerana sistem polis sekarang
amat canggih sehingga polis boleh mengintai apa yang kita lakukan di dalam semak, dalam kereta, di dalam rumah atau mana-mana sahaja tetapi mereka adalah pasukan "polis" yang paling elite dalam cakerawala ini...mereka adalah pasukan Polis-polis Allah yang dikenali sebagai Raqib dan Atid......merekalah yang mencatit segala tingkah laku kita dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara...dan catatan mereka ini akan dihadapkan dan di bacakan di mahkamah yang terhebat dan teragung di semesta ini iaitu mahkamah Padang Mahsyar yang mana hakimnya adalah Yang Maha Adil dan tidak ada sesuatupun yang lebih adil daripadanya itulah ALLAH subhanahuwataalla.....

Sepatutnya polis itulah yang kita perlu sentiasa takuti dan waspada kerana mereka selalu berada di sisi kita tidak kira di mana kita berada dan tidak ada sedikt ruang pun mereka tidak berdamping dengan kita melainkan selalu menemani kita...waspadalah.....jangan sampai kita kena saman dengan mereka...dan jika kita terasa sudah di saman segeralah kita membayar saman tersebut sebelum kita dibicarakan di mahkamah yang teragung itu dan kita berusaha supaya saman jenis itu tidak dikenakn lagi ke atas kita....Takutlah kita pada Hakim Yang Maha Berkuasa itu kerana Dialah yang akan menentukan nasib kita selepas perbicaraan kita kelak yang akan dihadiri oleh seluruh ummat manusia yang menungggu giliran untuk dibicarakan....semoga Allah sentiasa meletakkan kita pada golongan yang berada di jalan yang lurus....iaitu jalan menuju keredhaannya...InsyaAllah....wassalammualaikum warahmatullah....

Thursday, August 6, 2009

TUNTUTLAH ILMU...

Sang murabbi memberi peringatan,
Memberi peringatan di tepi jalan,
Sedarlah diri wahai insan,
Menuntut ilmu satu kewajipan,

Si rama-rama berkulit cerah,
Membuat tarian di atas kulat,
Tidak jatuh dan tidak goyah,
Asalkan kita Ikhlaskan Niat.

Kerbau balar lompat pagar,
Pagar reput di mamah pepijat,
Jangan ingkar dan kurang ajar,
Guru kita sentiasa hormat.

Pendekar Hitam penuh hikmat,
Menuntut ilmu di Lembah Keramat,
Sabar, tabah, dan penuh minat,
Barulah ilmu mendapat berkat. belajarlah dengan tekun seperti dia ni....
jangan jd seperti org di blkg dia, masih terpinga-pinga....(tiba2
je org tu muncul ktk gmbr ini diambil)

Monday, August 3, 2009

BAITUSSEWA.....










BEBASKAN.....


YA ALLAH,TUHAN YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA GAGAH PERKASA....LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA KEZALIMAN DENGAN ANUGERAH KEDADAMAIAN-MU....HANCURKAN SEGALA KEBATILAN DENGAN TERTEGAKNYA KEADILAN DAN KEHARMONIAN DENGAN AGAMAMU....YA ALLAH BANTULAH KAMI DALAM USAHA KAMI MENENTANG MEREKA(KEMUNGKARAN) DAN JANGANLAH ENGKAU BANTU MEREKA MENGALAHKAN KAMI...WAHAI TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI....AMIN...YA RABBAL A'LAMIN....