Friday, August 7, 2009

Takut Polis....

Assalamulaikum kepada sahabat, teman-teman sekalian.....semoga kita semua berada di dalam lingkungan golongan yg di redhai Allah azzawajalla...selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi kita khatamul an-biya' Muhammad Al-Amin dan juga keluarga dan sahabat baginda....
tulisan ini saya nukilkan kerana saya teringat satu peristiwa yang berlaku pada diri saya ketika saya menaiki teksi beberapa tahun yg lalu....

Sudah menjadi kebiasaan diri saya apabila menaiki teksi sy xmeggunakan sit-belt ttp kalau naik kereta yg "baru sikit" sy menggunaknnya pula...(demand...hehe)...dan alhamdulillah perjalanannya selamat.Sehinggalah pada satu tempat...driver teksi itu secara tiba-tiba mengarahkan saya memakai sit-belt itu...."dalam hat
i saya tertanya-tanya...apahal pakcik ni....awl2 td x bising...sekarang ni bising pulak..." dan akhirnya persoalan saya terjawab,ingatkan pakcik itu hendak terlanggar sesuatu dan menyuruh saya pakai sit-belt itu utk kurgkn kesan hentakan....rupa-rupanya...ada road-block beberapa meter di hadapan...polis...patutlah pakcik drebar teksi tu beria-ia suruh saya memakai sit-belt...dan sy sempat memakainya...dan kami berjaya mengharungi sekatan tersebut...

Saya terfikir...rata-rata pemandu ataupun manusia di dunia ini memang takut kepada polis...takut ditangkap...takut disaman...sebab itulah penjenayah melakukan jenayah mereka di luar mata polis....takut di tangkap polis....tetapi ingatlah bahawasanya walaupun kita melakukan kesalahan atau jenayah di belakang polis tetap ada "polis" yang akan melihat tindak-tanduk kita...PASTI!!!!....bukan kerana sistem polis sekarang
amat canggih sehingga polis boleh mengintai apa yang kita lakukan di dalam semak, dalam kereta, di dalam rumah atau mana-mana sahaja tetapi mereka adalah pasukan "polis" yang paling elite dalam cakerawala ini...mereka adalah pasukan Polis-polis Allah yang dikenali sebagai Raqib dan Atid......merekalah yang mencatit segala tingkah laku kita dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara...dan catatan mereka ini akan dihadapkan dan di bacakan di mahkamah yang terhebat dan teragung di semesta ini iaitu mahkamah Padang Mahsyar yang mana hakimnya adalah Yang Maha Adil dan tidak ada sesuatupun yang lebih adil daripadanya itulah ALLAH subhanahuwataalla.....

Sepatutnya polis itulah yang kita perlu sentiasa takuti dan waspada kerana mereka selalu berada di sisi kita tidak kira di mana kita berada dan tidak ada sedikt ruang pun mereka tidak berdamping dengan kita melainkan selalu menemani kita...waspadalah.....jangan sampai kita kena saman dengan mereka...dan jika kita terasa sudah di saman segeralah kita membayar saman tersebut sebelum kita dibicarakan di mahkamah yang teragung itu dan kita berusaha supaya saman jenis itu tidak dikenakn lagi ke atas kita....Takutlah kita pada Hakim Yang Maha Berkuasa itu kerana Dialah yang akan menentukan nasib kita selepas perbicaraan kita kelak yang akan dihadiri oleh seluruh ummat manusia yang menungggu giliran untuk dibicarakan....semoga Allah sentiasa meletakkan kita pada golongan yang berada di jalan yang lurus....iaitu jalan menuju keredhaannya...InsyaAllah....wassalammualaikum warahmatullah....

No comments:

Post a Comment