hidup penuh macam ragam....ada baik ada buruk...ada cantik ada hodoh....ada wangi ada busuk....pelbagai "jenis" ibarat pelangi yang pelbagai warnanya....namun itulah hakikat kehidupan....jadilah warna yang digemari orang....
Wednesday, March 31, 2010
Thursday, February 25, 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL

"Di saat-saat nafasmu di hujung hayat, Kau tetap masih memberi petunjuk kepada kami...Ya Rasulullah besarnya pengorbananmu kepada kami....Pemergianmu satu kehilangan besar buat kami....Sunnahmu menjadi pengubat rindu kami....semoga kami berada di landasan yang sama dengan mu wahai Kekasih Allah"
Wahai manusia,
yang menggelarkan dirinya Islam,
yang menggelarkan dirinya hamba Tuhan,
yang menggelarkan dirinya Ummat Muhammad,
Ingatkah kita kepada Manusia yang paling Mulia ini?
Ingatkah kita kepada Manusia yang menabur jasa sepanjang hayat kita ini?
Ingatkah kita kepada Manusia yang sentiasa ingat kepada kita dulu kini dan selamanya?
Dialah yang mulia
Dialah al-Amin
Dialah pendamai
Dialah pembawa keamanan
Dialah sahabat kepada para sahabat
Dialah suami terbaik
Dialah ayah terbaik
Dialah ikutan terbaik lagi terpuji
Dialah yang menyempurnakan akhlak yang baik
Dialah yang al-Quran akhlaknya
Dialah NABI MUHAMMAD SAW.
Saturday, February 20, 2010
Tuntutlah ilmu...
Sabda Rasulullah SAW: "Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad"
Hadis yang jelas kepada kita bahawasanya tuntutan kpd Ilmu itu adalah perkara yang sewajibnya dipikul oleh setiap insan. Proses menuntut ilmu secara tidak langsung adalah setiap detik di dalam hayat kita hanya pabila nyawa terpisah dr badan kunci penutup kpd proses tersebut
Ilmu yang akan mendidik kita supaya sentiasa waras dengan setiap apa yang dilakukan juga dengan keadaan sekelililng yang sentiasa mendesak diri. Tanpa ilmu kita mungkin terbawa arus "environment" yg tidak waras, tetapi dengan ilmu kita boleh mewaraskan "environment" tersebut.Itulah peranan dan kehebatan kurnian Allah yang di gelar sebagai ILMU.
Thursday, February 18, 2010
Dataran Syahbandar-Panorama Malam-Suatu Penyaksian dan Harapan
Friday, February 5, 2010
tissue culture....kulat da.....
Subscribe to:
Posts (Atom)