SEINDAH KILAUAN PELANGI.....
hidup penuh macam ragam....ada baik ada buruk...ada cantik ada hodoh....ada wangi ada busuk....pelbagai "jenis" ibarat pelangi yang pelbagai warnanya....namun itulah hakikat kehidupan....jadilah warna yang digemari orang....
Wednesday, May 18, 2011
Amanat Mursyidul Am PAS untuk Muktamar Kali ke-57
SERTA mengilhamkannya(untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambahtambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10)”. (Surah Asy-Syams 91:8-10)
Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad s.a.w sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Sahsiah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat. Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi sahsiah Nabi Muhammad s.a.w sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
Justeru, semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan. Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (sahsiah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.
Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan ‘takwa’. Melalui takwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat, sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan, masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.
Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, sahsiahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri.
Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira’ selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah berbunyi: “Sekalikali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka menyambung tali persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang sengsara, memenuhi keperluan orang yang memerlukan, dan membantu orang-orang yang ditimpa musiba.”
Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya) menjaga diri masing masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang.
Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru. di Kelantan kini wujud senario atau suasana ke’Islam’an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak.
Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotelhotel yang dulunya sinonim dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada toktok lebai terasa goyah bila ke hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami.
Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu).
Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran. Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan hubungan harmoni antara kaum Melayu, Cina, India dan Siam hidup dengan aman dan sejahtera.
Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan ke arah memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan Nabi Muhammad s.a.w sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. Ketika sistem pemerintahan telah zamanberzaman wujud di dunia, tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan tatkala Islam berkuasa, maka Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia ada. Nabi sendiri rela bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika di Makkah pun, Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan kemewahan. Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Makkah (berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam.
Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan semua urusan politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan Nabi telah berlaku selama 23 tahun, bermula dari Makkah hinggalah ke Madinah. Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat ‘berlawan arus’ atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, Nabi berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) yang mesti ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang.
Di sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. Justeru Nabi bukanlah seorang yang bermewah kerana jawatan, malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan sanggup mencagarkan baju rantai untuk membayar hutang. Walaupun ada sahabat sedia menyara Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas bantuan orang lain.
Pengajaran daripada sahsiah dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w itu, harapnya semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan ‘peribadi Nabi’ sebagai khudwah. Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat kepada apa yang Nabi tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di dalam sembahyang.
Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan menyebut dan memuji Nabi. Dan sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar dan ketika mata hari terbenam. Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w jelas membawa rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam.
Justeru, kenapakah kita tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah? menjadikan sahsiah Nabi Muhammad s.a.w sebagai khudwah hasanah. Kepimpinan akan beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh menuju matlamat perjuangan, yakni kemenangan Islam.
Di petik dari laman web:http://www.pas.org.my/v2/
Sunday, May 15, 2011
ANTARA UJIAN, DUGAAN DAN PENTARBIAHAN..
Assalamulaikum pembuka bicara,
lama sungguh rasanya xkeudara...hari ini biarkan ku terbang sepuas-puanya...
Hari demi hari, ternyata hidup seorang insan itu akan semakin di bebani...sudah tentu amanah yang kita perolehi akan semakin bertambah sesuai dengan ilmu yang kita perolehi setiap hari..
Mana mungkin seorang manusia itu semakin berkurang amanahnya...ianya akan berakhir apabila nyawa melayang dari empunya diri...
justeru..amanah yang diperolehi perlu digalas sama ada perit, sakit, pedih atau ngilu yang dirasakan kerna terma amanah itu sendiri adalah kita tanggung dan jawab apa yang telah kita tanggung itu
Lari bila dah terlalu berat??tak perlu berbuat demikian..jika rasa nak buat begitu tanya diri terlebih dahulu..adakah selesai masalahnya jika lari darinya...takkan selesai....
amanah yang kita tanggung itu adalah ujian dan dugaan darinya...nak sedarkan mereka yang katakan diri mereka sudah beriman..sedangkan mereka belum pun diuji...dan bagi mereka yang mengharunginya itulah detik2 pentarbiahan yang amat bermakna dalam diri mereka...
lama sungguh rasanya xkeudara...hari ini biarkan ku terbang sepuas-puanya...
Hari demi hari, ternyata hidup seorang insan itu akan semakin di bebani...sudah tentu amanah yang kita perolehi akan semakin bertambah sesuai dengan ilmu yang kita perolehi setiap hari..
Mana mungkin seorang manusia itu semakin berkurang amanahnya...ianya akan berakhir apabila nyawa melayang dari empunya diri...
justeru..amanah yang diperolehi perlu digalas sama ada perit, sakit, pedih atau ngilu yang dirasakan kerna terma amanah itu sendiri adalah kita tanggung dan jawab apa yang telah kita tanggung itu
Lari bila dah terlalu berat??tak perlu berbuat demikian..jika rasa nak buat begitu tanya diri terlebih dahulu..adakah selesai masalahnya jika lari darinya...takkan selesai....
amanah yang kita tanggung itu adalah ujian dan dugaan darinya...nak sedarkan mereka yang katakan diri mereka sudah beriman..sedangkan mereka belum pun diuji...dan bagi mereka yang mengharunginya itulah detik2 pentarbiahan yang amat bermakna dalam diri mereka...
Tuesday, January 4, 2011
Friday, December 24, 2010
KENALI TOKOH PEJUANG...SIRI 1
DZOKAR MUSAYEVICH DUDAYEV
Tidak semua mengenali tokoh agong yang terkenal di negara Chechnya khususnya dan namanya terpahat diingatan ummat Islam seluruh dunia. As-Syahid terkenal dengan kehebatan pemikirannya dan juga strateginya di dalam Perang Rusia-Chechnya, 1994 sehingga keberaniannya juga kepintarannya di dalam mengatur strategi menjadikannya tokoh atau idola bagi setiap anak muda yang cintakan Islam.
Latar belakang:
-15 April 1944 as-Syahid dilahirkan
-Beliau dilahirkan didalam keluarga sederhana.Keluarganya juga pernah dihalau oleh pemerintah tertinggi Soviet Union...dalam pelarian tersebut beribu rakyat Chechnya mati kelaparan,namun dengan kuasa Allah, bayi yang bernama Dzokar Musayevich dapat bertahan
-beliau merupakan pakar elektrik dan elektronik
-memasuki sekolah penerbangan di Tambow, sebuah akademi penerbangan di wilayah Selatan Rusia
-melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah tinggi di Yuri Gagarin Aviation Academy di Moscow
-mahir dalam seni mempertahankan diri..pernah memegang gelaran Juara Karate Nasional pada waktu itu
-pandai berbahasa Arab(ada sumber mengatakan Dudayev pernah mengikuti kuliah di Universiti al-Azhar, Mesir)
-bekerja di dalam angkatan tentera Soviet(juruterbang Khas)
-1990,beliau menolak arahan untuk mengebom pengikut demonstrasi yang menuntut kemerdekaan di Baltic State, baginya semua manusia di muka bumi ini berhak untuk menuntut kemerdekaan.
-1990, beliau dibuang ke Gorzny. Akhirnya Dudayev dengan beraninya mengisytiharkan dirinya berundur dari pasukan SU.
-1991,Pasukan Soviet Union berkecai. Dudayev mencalonkan dirinya sebagai Presiden Chechnya dengan memenangi kerusi di dalam pilihanraya umum mewakili Parti Nasional Kongres Rakyat Chechnya melawan calon komunis.
Sumbangan Kepada Rakyat
-Chechnya berkembang menjadi negara yang maju
-menghentikan penggunaan huruf Cyrillic yang digunakan Rusia dengan huruf latin dan merasmikan Bahasa Chechen sebagai bahasa kebangsaan Negara Chechnya.
-mencetak sendiri mata wang
-sosio ekonomi penduduk Chechnya semakin baik
Dendam musuh kepada Dudayev
-Rusia terus merancang agenda keji untuk menggulingkan kepimpinan Dudayev
-Rusia melakukan sekatan ekonomi, menuduh Chechnya sebagai syurga para penjahat
-Boris Yeltsin (presiden Rusia) telah menghantar pasukan untuk memulakan peperangan dengan negara yang masih baru dibentuk
-1 Disember 1994, Yeltsin memerintahkan angkatan udara Rusia membedil Grozny,ibu negara Chechnya.
Seruan Jihad!!!
-Dudayev meletakkan jawatannya sebagai Presiden dan dengan menggunakan pangkatnya sebagai Jeneral, beliau bersama-sama mujahidin mesuk kehutan melaungkan seruan jihad
-Rusia sentiasa menghadapi kekalahan setiap kali bertempur dengan pasukan Dudayev...membuktikan bahawa Dudayev amat pakar di dalam taktikal peperangan
-1994-1996, Rusia cuba utk bermain helah dengan menganjurkan pertemuan untuk membicarakan soal perdamaian.
-Amerika Syarikat yang sebelum ini bermusuh dengan Rusia terpaksa berganding bahu dengan musuh sendiri utk melumpuhkan barisan Muslimin Chechnya.
-Teknologi peperangan Rusia tidak mampu utk mengesan tempat persembunyian Dudayev yang arif mengenai teknologi peperangan.
-16 April 1994, tentera-tentera yang dipimpin oleh Dudayev, satu persatu menghancurkan pasukan tempur milik Rusia dan juga menyerang Rusian Duma, Parlimen Rusia.
-Teknik Hit and Run amat menakutkan tentera Rusia yang terbukti sangat susah untuk ditakluki.
-21 April 1994, Dudayev menghubungi Konstatin Borovoi (pengerusi perdamaian) utk menyatakan pendiriannya terhadap perdamaian yang sudah nyata pembohongan semata-mata
-Selepas percakapan melalui telefon satelit itu, 2 buah pesawat Sukhoi SU-25 meluncur berbekalkan koordinat yang berjaya dikesan oleh Satelit Amerika Syarikat.
-Kemudian terjadi letupan besar di Gekhi Chu, 20 meter dari bandar grozni.
-Akhirnya Dudayev menerima jawatan yang paling agung disisi Allah sebagai seorang Syuhada'
Jika hari ini cita-cita itu belum tercapai, jika hari ini Dudayev telah dahulu pergi menghadap yang Esa, tidak mengapa. Perjuanagan ini tetap pasti diteruskan . Mereka telah berjanji, akan bertemu di bawah panji Nabi, panji yang menaungi insan-insan jihad dengan seluruh hati kerana berjuang menegakkan agama Allah.
Monday, June 28, 2010
BELAJAR DAN MENGAJARKAN ILMU
Ta'alim wa ta'alum bermaksud belajar dan mengajar. kedua-duanya adalah penting sehingga jatuh hukum wajib untuk belajar dan mengajar sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan juga orang yang berilmu dengan beberapa darjat". Banyak juga hadis Rasulullah yang menekankan mengenai bab menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu seperti "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim" dan antara hadis lain yang bermaksud "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat".
Ilmu terbahagi kepada dua cabang:
1.Ilmu masail: iaitu ilmu hukum hakam dan perundangan yang perlu belajar secara talaqqi atau berguru.
2.Ilmu Fadhail: iaitu ilmu yang berkaitan dengan fadhilat dan ganjaran yang boleh diperolehi secara membaca buku atau menghadiri majlis ta'lim
Adab-adab menghadiri majlis ilmu:
1. berwuduk
2. Sembahyang sunat 2 rakaat
3. pakaian yang bersih dan menutup aurat
4. memakai wangi-wangian
5. memberi perhatian sepenuhnya
6.duduk rapat-rapat(dengan keadaan selesa)
7.jangan mengganggu perjalanan majlis seperti berbual-bual
8. memuliakan dan membesarkan majlis dalam hati
9.membenarkan dan meyakini apa yang didengar
10.ada niat untuk menyampaikan apa yang kita perolehi kepada orang lain.
Wednesday, March 31, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)