Saturday, December 19, 2009

Pabila Hati Hilang Sinarnya

Bercakap soal hati...apa yang kita tahu mengenainya...
1.Hati adalah salah satu organ dalaman
2.Hati ayam pahit jika silap dicuci
3.Hati lembu memang sedap dimakan
4.Hati-Hati di jalan raya
5.sakit Hati....sakit sekali....(senikata lagu)

Itu adalah Hati yang mungkin selalu sebut-sebutkan...namun kali ini a.kabir ingin menyeru sekalian muslimin-muslimat agar kita mempersoalkan mengenai hati yang berfungsi sebagai jiwa kita....

Apakah yg dimaksudkan hati sebagai jiwa...
1.Hati yang mengungkapkan keinginan

2.Hati yang mengungkapkan kecintaan
3.Hati yang mengungkapkan kebencian
4.Hati yang mengungkapkan kehambaan

secara overallnya hati yang kita hendak sebutkan disini ialah keinginan dan perasaan serta fikiran yang lahir secara batiniah (tak nampak) dalam diri kita yang akan mempengaruhi gerak-geri kita atau perlakuan kita serta percakapan kita dalam kehidupan seharian.

satu hadis Nabi yang berkaitan dengan Hati yg bermaksud:

"Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota manusia itu akan rosak. Itulah dia Hati."

  • berdasarkan hadis tersebut dpt kita simpulkan bahawa Hati memainkan peranan yang penting dalam pengabdian kita kepada Allah...
  • Hati perlu di bentuk supaya hati kita sentiasa bersinar dngn sinar Iman
  • Hati yang tersalah dibentuk atau telah di bentuk dengan nafsu dan keduniaan akan hilang sinarnya dan lama-kelamaan akan menjadi "buta"
  • Buta Hati lagi teruk dari Buta Mata
  • Buta Mata tak nampak jalan di dunia
  • Buta Hati tak nampak jalan ke akhirat
  • Buta Mata tak membuat maksiat
  • Buta Hati tak puas-puas ngn maksiat
  • Kita kesian pada orang yang Buta Mata yg terlanggar tiang lampu
  • Lagi kesian pada orang yang Buta Hati yg terumbang ambing di bawa nafsu
  • Buta Mata ada orang tolong tarik
  • Buta Hati syaitan yang tolong tarik
Kalau Buta Mata boleh di ubati dengan pembedahan Buta Hati juga boleh diubati dengan kaedah yang sama:
1.Bius dengan Makrifatullah
2.Bedah dengan pisau Taubat
3.Basuh dengan air Taqwa
4.Sapukan dengan cecair Iman
5.Tampal dengan Zikrullah
6.Jahit dengan jahitan Zuhud

Semoga Allah sentiasa menyinari hati kita semua dengan keImanan kepada-Nya....Amin....

Monday, December 14, 2009

Samseng Arab Jahiliyyah

Berikut adalah antara samseng2 terkenal di zaman jahiliyyah yang sentiasa berusaha menghalang kerja dakwah Nabi Muhammad S.A.W

1.Abu Jahal bin Hisyam
-bapak kejahilan ini memang sentiasa merancang agenda menyekat dakwah Nabi, dia cuba membunuh nabi dengan seketul batu besar tetapi tidak berjaya setelah Allah menurunkan pertolongannya kepada Nabi dengan memperlihatkan kepada Abu Jahal seeekor unta besar yang ingin menelannya.Mati di dalam perang Badar.

2.Abu Lahab
-merupakan bapak saudara Nabi namun dialah orang yang utama dlm mencanggah segala perbuatan Nabi dan menyebarkan hasutan kepada orang lain supaya membenci Nabi.Ditimpakan bala kepadanya oleh Allah S.W.T dengan sejenis penyakit yg membawa kpd kematiannya

3.al-Nadhar bin al-Harith
-di antara "syaitan" Mekah yg berusaha dlm melumpuhkan dakwah Nabi. Dia mereka syair dan hikayat-hikayat dengan kisah-kisah raja dan pahlawan Parsi. syairnya menarik perhatian ramai dan mengatakan bhw Nabi itu insan biasa kerana dia juga blh bersyair seperti Nabi(dia menyangkakan Nabi bersyair dan berhikayat sedangkan Baginda menyampaikan al-Quran). Allah telah menurunkan ayat khusus kepada peristiwa al-Nadhar bersyair ini

"Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami mereka berkata, Ini adalah dongeng-dongeng orang-orang dahulu kala" surah al-Mutaffifin: ayat 13


4.Uqbah bin Muit
-laknatullah ini telah meletakkan perut unta di atas belakang Rasulullah S.A.W ketika baginda sedang sujud di hadapan Ka'bah...peristiwa telah dilihat oleh puteri Nabi Muhammad iaitu Fatimah az-Zahra dan membuatkan serikandi Islam itu sedih lantas berdoa kepada Allah. Nabi juga turut berdoa:
"Ya Allah ya Tuhanku, Aku serahkan kepada-Mu urusan membalas ke atas pemuka-pemuka Quraisy, Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah dan Ummaiyah bin Khalaf"

5. Abu al-Walid Utbah bin Rabi'ah
-dia merupakan di antara pembesar quraisy dan pandai memujuk orang. Dia telah memujuk Nabi supaya meninggalkan dakwah dan menawarkan Nabi pangkat dan harta namun pujukan mereka juga tidak berhasil....


dan ingatlah wahai pejuang-pejuang kebenaran....samseng-samseng seperti ini akan terus wujud menentang kebenaran itu selagi mana ada orang yang memperjuangkan kalimah Laailaahaillallah....

Thursday, December 10, 2009

Aku dalam percintaan...

Kadang-kadang aku sendirian
terkapai-kapai kesepian
memburu utk satu kepuasan
kepuasan yg mgkn tidak terasa puasnya
selagi aku merasa kesunyian...
selagi kesunyian tidak dihazafkan...
aku tidak kepuasan...
kepuasan menjelma ketika ku mengenal erti cinta..
cinta kepada-Nya
cinta kepada pesuruh-Nya
cinta kepada makhluk-Nya
sebagai cinta kepada-Nya
cinta itulah mengajarku erti sebuah persahabatan
cinta itulah mengajarku erti sebuah percintaan
cinta itulah mengajarku erti ukhuwah
cinta itulah mengajarku erti kasih sayang
cinta itulah mengajarku erti pengorbanan
cinta itulah juga yg mengajarku erti permusuhan
cinta itulah juga yg mengajarku erti persaingan
kepuasan terisi dengan cinta
namun diriku masih tidak puas mendamba cinta
hingga akhir hembusan nafasku
agar terus tidak puas dengan bercinta
cinta ku kepada-Nya...

Kadang-kadang aku terasa
tanpa percintaan ini
dimanakah diriku ini...
kemanakah diriku ini...
siapakah diriku ini....
bolehkah aku terus berdiri
dikala diriku jatuh berdarah tak diubati
bolehkah aku terus berlari
dikala jalan penuh kaca dan duri
bolehkah aku terus layari
dikala lautan bergelora arus berapi
boleh saja...tetapi apa maknanya...
tanpa percintaan ini...
kerana cinta-Nya ubat yg tak dapat dibeli
kerana cinta-Nya kenderaan yg dinaiki
kerana cinta-Nya penenang gelora hati
cinta yang tak mungkin aku lepaskan
cinta yang tak mungkin aku tepiskan
cinta yang tak mungkin aku biarkan
aku sama sekali tak ingin kecundang
sehinggalah matahari menyusul di barat
sehinggalah matahari menyelam ke timur
aku ingin di dalam percintaan
cinta ku kepada-Nya..


Nukilan...
ibnu nasir