Wednesday, July 22, 2009

Tuesday, July 14, 2009

HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA

Pertama dan seelamanya kita panjatkan seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikannya peluang kpd kita utk mnrskn hidup kita sebagai seorg hambanya....sudah tentulah nikmat yg diteruskan lg kpd kita bukanlah utk disia-siakan ttp utk pengabdian kpd Tuhan Yang Satu...Tuhan Sekalian Alam....

Hakikat kahidupan kita sebagai seorang insan bukanlah sesuatu perkara yg senang dan amat mudah utk kita fikirkan dan jalankan.......sesetengah orang berfikir hidup ini sekadar lahir ke dunia dr rahim seorang ibu kemudian akan mati dan tamatlah riwayat kita.....ada juga yang berfikir hidup ini hanya sekali sahaja oleh itu sebelum mati marilah kita kerjakan dunia dengan sepuas-puasnya....nanti kempunan pulak....bermacam-macam jenis pemikiran yg ada pada selautan jenis manusia yg pelbagai ragam.....bagaimana pula dengan anda?adakah anda ada berfikir seperti ini?jika ada bertaubatlah dengan segera kerana hakikat kehidupan kita sebagai hamba amatlah mulia dan penuh dengan cabaran.....

Wahai insan-insan yg telah leka dan juga sengaja melekakan diri kalian....sedarlah kita bahawa kehidupan kita disini hanyalah sementara....ianya hanyalah dunia.....hanya pinjaman kepada kita...sebagai tempat untuk kita berniaga....BETUL!!! perniagaan kita dengan Yang Maha Esa....

Ingatlah firman Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud:
"wahai orang-orang yang beriman hendakkah kamu aku bentangkan satu perniagaan yang dapat mengelakkan kamu daripada azab yang pedih.(10)Berimanlah kepada Allah,dan rasul-Nya dan berjihadlah di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu.Itulah yang lebih baik pada kamu jika kamu mengetahui.(11)" surah as-saff-ayt 10-11.

firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"dan tidak akan Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah(patuh) kepadaku"

Itulah perniagaan yang amat menguntungkan kita pada masa kini....perniagaan yang tidak bermodalkan harta yg banyak untuk dunia juga tidak berasaskan pinjaman-pinjaman yang akan memeningkan kepala...tetapi ianya hanyalah berbekalkan kepada Iman dan Taqwa serta berlesenkan keikhlasan juga berpremiskan akhlak dan sahsiah dan beruntungkan keredhaan Tuhan.

Ingatlah kita bahawa perniagaan ini bukanlah sesuatu yang amat mudah....cabaran dan halangan mesti ditempuhi untuk mencapai matlamat atau keuntungan perniagaan ini,banyak musuh-musuh yg sentiasa mencari peluang untuk memastikan perniagaan kita tumpas,bankrup dan kecundang...AWAs!!! musuh-musuh ini perlu sentiasa di awasi...mereka adalah nafsu diri sendiri,syaitan yang keji,munafik yang dengki,mukmin yang iri hati dan kafir yang diperangi.

Ingatlah kita bahawa musuh-musuh ini tidak dapat dilawan seorang diri....ianya mestilah diharungi bersama-sama,bergerak bersama,perangi bersama di dalam satu pasukan iaitu jemaah.

renungilah kata-kata seorang solihin...sebagai langkah untuk kita berjaga-jaga dan harungi hidup kita:
"kurenung dan kufikir, dari pintu manakahsyaitan itu memasuki pintu manusia, tiba-tiba ku sedari syaitan memasukinya dari sepuluh pintu:
1.Tamak dan jahat sangka,lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar

2.cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menhadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba

3.cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakinibalasan buruk

4.kagum pada diri sendiri (ujub), lantas aku hadapinya dengan kesyukuran dan takutkan seksaan-Nya

5.pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kejormatan mereka

6.hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat qanaah dan redha terhadap pemberian-Nya

7.riya' dan sukakan pujian lantas aku hadapinya dengan sifat ikhlas lillahhitaala..

8.bakhil lantas aku hadapinya dengan apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa dan yang disisi ALLAH itu akan kekal selamanya

9.takabbur dan aku hadapinya dengan sifat tawadduk

10.tamak, lantas aku hadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Sunday, July 5, 2009

HARI PERTAMA SEM KE-3

HARI PENDAFTARAN BERMULA....5 JULAI 2009...

JALAN KE KIRI MASUK SIMPANG,
RAMAINYA ORANG DI KAUNTER PENDAFTARAN,
NAK POTONG LINE ORG TAK IZINKAN,
NAK TAK NAK KENA BERATUR PANJANG.

DUDUK BBERBUAL NGAN SI IQBAL,
BERSANTAI-SANTAI DE DEPAN SURAU,
DATANG JEJAKA LAGAKNYA CEKAL,
ITULAH SI ARIP M _ _ _ T 'BESAU'.

TIGA JEJAKA TERUNA PINGGITAN,
JALANNYA LENGGANG BERLAGAK SAKAN,
MARA,MAJU,PENUH HARAPAN,
ITULAH AMJAD, MANESH N SHAN.

BORAK-BORAK, CAKAP-CAKAP,
LAWAK-LAWAK,BODOH-BODOH,
PERUT BERBUNYI PRUK-PRAP-PRUK-PRAP,
SARAPAN LAJU TIDAK GOPOH.

SHAN BERKATA KELAS DITUNDA,
JO MELOPONG BERIYA-IYA,
PUNGGUNG DI ANGKAT LANGKAH SEKATA,
TUNGGU APA LAGI???BALIK RUMAH LA....!!!!