Thursday, May 28, 2009

BERCINTA KE????


Ini bukan isu baru....bukan juga isu lama yang kita tak pedulikannya dan buat bodoh je. Isu bercinta ini perlu kita bincang dan hayati bersama kerana "CINTA" itu adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya...

Masyarakat hari ini bila sebut mengenai cinta serta merta akan terbayng sepasang couple yang sedang berdua-duaan, bermesra, happy together, berpegangan tangan, naik motor bersama, berjalan satu payung, dan macam-macam lg "aksi" yang kita lihat agak menyampah dan tak sepatutnya di lakukan oleh makhluk yang mengaku dirinya berakal......

Namun begitu 'kawe' tak cakap yang bercinta itu adalah satu perkara yang buruk.....amatlah besar kesalahan seseorang itu yang menghalang dirinya dari bercinta kerana cinta itu adalah fitarah kita sebagai seorang manusia!!!Jangan kita salahkan cinta....salahkan orang yang salah ertikan cinta sehingga maruahnya tergadai.....salahkan orang yang menunjukkan erti cinta sehingga dirinya ternoda.....jangan sesekali kita salahkan "cinta". Kita selalu dengar bila seseorang itu gagal dalam dunia percintaannya, org yg rapat dengannya mgkn akan berkata sedemikian:

  • "hah tulah kau....bercinta sangat..."
  • "padan muka kau...siapa suruh kau bercinta!!!"
  • "hah bercintalah lagi!!..baru kau tahu padahynya bercinta!!!"
  • "kan aku dah pesan....bercinta itu buruk padahnya"
sepatutnya ayat yang perlu dilontarkan ialah:

  • "hah tulah kau....ikut nafsu sangat...."
  • "padan muka kau....siapa suruh kau ikut syaitan!!!!"
  • "hah ikut nafsulah lagi!!...baru kau tahu padannya ikut nafsu syaitan!!!"
  • "kan aku dah pesan....ikut nafsu itu buruk padahnya"
hah itulah yang sepatutnya.....disebabkan kerakusan manusia "cinta" yang dipersalahkan...kecian cinta...terpinga-pinga disalahkan org.

Ingat tuan-tuan,puan-puan,adik-adik,kakak-kakak sekalian cinta itu adalah suatu yang murni....jangan kita burukkkan lagi nama cinta....bercintalah mengikut saluran yang sebenarnya...bercintalah sehinnga Allah juga mencintai kamu...bercintalah sehingga syaitan mengeji dirimu...

kepada mereka yang dilamun cinta....TAHNIAH!!!! 'kawe' ucapkan kerana kamu semua adalah seorang manusia yang normal....Alhamdulillah.....tetapi ingat biar mengikut syariat...jika rasa betul-betul hendakkan "si dia" tggu apa lg teruskan lamaran....jumpa mak ayahnya...minta jawapan minta persetujuan....kahwin la....itulah menunjukkan cinta sejati bukan cinta tergadai diri...

kepada couple-couple yg ada.....yg belum ada ikatan yg sah....
  1. adakah perlu berdua-duaan sebagai tanda saling sayang-menyayang
  2. adakah perlu pegang-pegang tanda kasih sayang
  3. adakah perlu bergurau-gurauan tanda couple yang cemerlang,gemilang dan terbilang!!!!
YA....anda semua boleh melakukan itu.....tetapi biarlah sah diijab kabulkan terlebih dahulu....

referlah kepada couple yang paling cemerlang di dunia ini......NABI MUHAMMAD SAW dan KHADIJAH R.A....merekalah couple yg paling bahagia dunia akhirat, tetapi kenapa kita yang mengaku sebagai ummatnya tidak mengikuti kisah cinta MEREKA ini.....

tanyalah diri masing....
tepuk dada(jngn kuat-kuat kang sakit pulak) tanyalah iman....

wallahhua'lam.....

HATI INI SELALU BERKATA....



HATI INI SELALU BERKATA....
WAHAI TUHAN AKU INI HAMBAMU YANG KEJI....
SELALU MUNGKIRI JANJI....
SELALU IRI HATI....
TIDAK BERUSAHA UNTUK "TEGUH BERDIRI"

HATI INI SELALU BERKATA.....
AKU INI INSAN YANG LEMAH....
TAK BISA MENGHADAPI UJIAN-NYA...
SELALU REBAH DI PANGKUAN NAFSU....

HATI INI SELALU BERKATA....
DIMANAKAH AKU SEKARANG???
DI JALAN YANG BENARKAH???
ATAU AKU TELAH SESAT DI PERSIMPANGAN???
YA ALLAH....AKU TAK INGIN INI BERLAKU....

HATI INI SELALU BERKATA....
KENAPA AKU SELALU MENGIKUT NAFSU???
KENAPA AKU TIDAK BERTINDAK MENGIKUT AKALKU
KANAPA IMANKU TIDAK MEMBANTUKU...

HATI INI SELALU BERKATA.....
YA ALLAH....BERIKAN AKU KEKUATAN....
KEKALKAN KEIMANAN DALAM JIWAKU...
SUBURKAN KETAQWAAN DI DALAM TUBUHKU...
SESUNGGUHNYA HANYA KEPADAMU AKU BERGANTUNG....

HATI INI SELALU BERKATA.....
KADANG-KADANG AKU MENANG...
BETAPA TENANG JIWA DAN DIRIKU DI HARI KEMENANGAN..
KADANG-KADANG AKU TEWAS....
ALLAH!!!JIWA RAGAKU TERSIKSA YANG AMAT....

HATI INI SELALU BERKATA...
ITULAH SEMUANYA UJIAN ILAHI...
SUKA ATAU TIDAK TERPAKSA DITEMPUHI...
KUHARAPKAN KEMENANGAN DICAPAI HARI-HARI...
WALAUPUN KUTAHU IANYA MUNKIN TIDAK TERJADI....

HATI INI SELALU BERKATA...
HANYA KEPADAMU YA ILAHI.....
HANYA KEPADAMU YA RABBI....
HANYA KEPADAMU YA MALIKI....
HANYA KEPADAMU AKU BERSERAH.....
ANTARA DUA DARJAT YANG AKAN DIPEROLEHI....
SAMADA KALAH ATAU MENANG
MENANG KU SYUKURI....
KALAH TAKKAN AKU TANGISI....
TETAPI AKAN KU BERUSAHA LEBIH LAGI....

HATI INI SELALU BERKATA.....
WAHAI DIRI SIAPKAN DIRIMU....
PEPERANGAN TAK PERNAH BERHENTI...
IANYA BERLAKU HARI-HARI.....
SIAPLAH KAU WAHAI SI DENGKI!!!!
SI DENGKI NAFSU DAN SYAITAN YANG DILAKNATI....

Wednesday, May 13, 2009

CORETAN BERSINAR TOK GURU...


Hadiah Ingatan Daripada Rasulullah SAW

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.

Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri). Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi’raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar’ie, dia digalakkan untuk mengqada’nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada’ puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.

Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.


PULAU BIDONG!!!!

ASSALAMUALAIKUM.....
XDE APE2 SANGAT PUN....ARTIKEL INI ANA TULIS SEKADAR UNTUK MENGINGAT BALIK PERISTIWA-PERISTIWA MANIS YANG ANA SENDIRI LALUI KETIKA BERADA DI PULAU BIDONG....ANA KE PULAU BIDONG ITU UNDER PROGRAM UNIVERS
ITI IAITU PROGRAM YANG DI BERI NAMA SEBAGAI "SURVIVAL LAUT" MERUPAKAN PROGRAM WAJIB BAGI SETIAP STUDENT 
UMT YANG BARU MENDAFTAR...KIRA ORIENTASI U LA NI....


PROGRAM SELAMA TIGA HARI DUA MALAM.
...KOS ANA (SCIENCE BIOLOGY) BERGAB
UNG NGN KOS BIODIVERITI MERUPAKAN KUMPULAN KETIGA YANG SAMPAI KE BIDONG PADA SEMESTER TERSEBUT....PERTAMA KALI ANA MENJEJAK KAKI KE PULAU TERSEBUT,MASYALLAH......SEKALI HATI BERASA INSAF....BETAPA HEBATNYA KUASA ILAHI YANG MENGURUS ALAM INI....DENGAN PANTAI YANG BERSIH DAN AIRNYA YANG JERNIH SEHINGGA PANDANG NAMPAK KE DASAR YANG DIHUNI OLEH MAKHLUKNYA YANG PELBAGAI JENIS MENGELILINGI TERUMBU KARAM....ALLHHUALBAR....BETAPA INDAHNYA CIPTAAN TUHAN....SEKALI ANA TERFIKIR...KENAPA KITA MANUSIA INI TIDAK MENGHARGAI KURNIAAN ALLAH YANG CANTIK INI KEPADA KITA...KENAPA ADA JUGA GOLONGAN YANG MEROSAKKAN HARTA BENDA...MACAM2 KES YANG SERING DICORETKAN DI AKHBAR TENTANG PENCEMARAN ALAM....KERANA SIKAP RAKUS DAN TAMAK MANUSIA KITA 
SENDIRI YANG TERKENA BAHANANYA!!!!....MACAM-M
ACAM PENYAKIT BARU YANG KELUAR SEKARANG NI...MCM-MCM JENIS KANSER YANG TIMBUL...DAN MACAM-MACAM ALASAN DAN SEBAB YANG DIBERIKAN OLEH MANUSIA ITU SENDIRI KENAPA BENCANA ITU BOLEH BERLAKU...TETAPI MEREKA TAK SEDAR SEBENARNYA ITU ADALAH HASIL DARI PERBUATAN DIRI MEREKA SENDIRI....


WALAUBAGAIMANAPUN PENGALAMAN ANA KE PULAU TERSEBUT CUKUP TERASA AMAT BERHARGA....SELAIN DAPAT MENGHAYATI KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN YANG AGUNG ALLAH S.W.T ANA JUGA DAPAT MENJALINKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DENGAN DAN BERKENALAN DIANTARA SATU SAMA LAIN SESUAI DENGAN FIRMAN ALLAH YANG BERBUNYI:

"WAHAI MANUSIA,SESUNGUHNYA (KAMI) MENJADIKAN KAMU DARIPADA LELAKI DAN PEREMPUAN,DAN KAMI JADIKAN KAMU BERPUAK-PUAK DAN BERBANGSA-BANGSA ADLAH SUPAYA KAMU SEMUA SALING MENGENALI"

DI SITU RAMAI JUGAKLAH RAKAN-RAKAN SAHABAT-SAHABAT YANG ANA DAPAT MENGENALI MEREKA....SALAH SE
ORANG DARIPADA MEREKA IALAH SAUDARA HAFIZ SHAMSURI(GAMBAR)...SEORANG YANG PE
RAMAH DAN AGAK KELAKAR....BELIAU SEKARANG TENGAH MEMBUAT PERSEDIAN UTK KE MESIR...(DAH KLUAR UMT) APAPUN ANA BERSYUKUR PADA ALLAH KERANA MENJADIKAN PERTEMUAN INI SEBAGAI PERTEMUAN FILLAH...INSYAALLH....KE
PADA SAUDARA HAFIZ..SEMOGA SAHABAT SENTIASA DIRAHMATI ALLAH...CARILAH ILMU SEBANYAK MUNGKIN DISANA DAN JIKA ADA KESEMPATAN BERKONGSILAH DENGAN KAMI DISINI...